10 Import Tunggu Nasib

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya jelas bakal mendapat sunt!kan baharu dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun akan datang apabila Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) memantau hampir 10 pemain import untuk dinaturalisasikan nanti.

Timbalan Presiden Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, ketika ini pihaknya akan menerima pemain naturalisasi ketiga negara iaitu awang import Perak Guilherme De Paula yang dilihat mencukupi segala syarat pada Mac 2021.

Beliau berkata, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Gonzalo Cabrera dan Endrick Dos Santos pula akan memenuhi senarai berkenaan apabila statusnya akan bertukar kepada naturalisasi selepas cukup syarat lima tahun berturut-turut beraksi di negara ini.

“Kita memantau pemain import yang sudah berkelana di negara ini lebih daripada tiga tahun untuk dinaturalisasikan sebelum diserap ke dalam skuad Harimau Malaya.

“Perkara paling penting sekarang ini adalah kualiti dimiliki pemain berkenaan dan kita tidak mahu mengambil mereka hanya berdasarkan kepada status semata-mata.

“Status naturalisasi sebenarnya dimohon oleh kelab masing-masing seperti pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh yang dilakukan Pahang dan kita serap ke dalam skuad Harimau Malaya berdasarkan prestasi semasa,” katanya.

Selain itu, Yusoff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM menjelaskan bahawa De Paula bukanlah digugurkan dalam senarai pemain naturalisasi negara cuma ketika ini hanya menunggu maklumbalas daripada Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (Fifa).

“Kita tidak mahu tangkap muat pemain naturalisasi tanpa melihat keupayaan dan prestasi semasa mereka kerana tujuan utama adalah mahu membantu skuad Harimau Malaya.”

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam sesi temu bual bersama sebuah stesen televisyen swasta kelmarin menjelaskan Cabrera dan Endrick Dos Santos akan menjadi pemain naturalisasi negara.

Cabrera akan melengkapkan syarat untuk mendapat status pemain naturalisasi iaitu beraksi lima tahun di Liga Malaysia (Liga M) tahun depan. Mengikut rekod, setakat ini terdapat dua pemain naturalisasi iaitu Sumareh dan terbaharu adalah Liridon Krasniqi.

Sumber-MH