Abang Kembalilah…

“KAMI rasa abang dah ‘tiada’, tapi kalau boleh kami nak j4sad dia disempurnakan,” kata adik m4ngsa bot terbalik di perairan Kemasin, Bachok yang masih hilang, Encik Wadi Bakar, 44.

Cik Normas, 35, berkata terlalu svkar untuk keluarga menaruh harapan bahawa Wadi masih hidup kerana memikirkan lautan yang luas dan kehilangannya memasuki hari kelima.

Menurutnya, abangnya adalah anak kelima daripada tujuh beradik dan sudah lima tahun bekerja dengan tekong bot itu, Hazahar Mat Sanisah, 48.

Katanya, Wadi tinggal bersamanya dan seorang lagi adik, Suhaimi, 41, serta suami Normas, Mohd Rosli Mustapha, 35, di Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu.

“Abang (Wadi) tidak pernah mengalami sebarang kem4langan sepanjang menjadi ‘anak laut’.

“Hati saya memang nak dia dijumpai hidup, tapi terlalu mustahil untuk yakinkan hati kerana dia j4tuh di laut.

“Saya hanya ingat hari terakhir sebelum dia turun ke laut, abang banyak bercakap dan ketawa dengan kami berbanding sikap asalnya yang pendiam,” katanya ketika ditemui di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok, hari ini.

Katanya, sepanjang pengetahuannya, abangnya cekap berenang dan menyukai pekerjaan sebagai awak-awak.

Sehingga kini, Wadi dan Arman Ismail, 43, belum dijumpai dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan bersambung pada 6 pagi esok.

Sumber-MH