Ada Lagi Jadi M4ngsa Rupanya

SHAH ALAM: Polis Selangor menerima kira-kira lima lagi laporan dibuat m4ngsa jen4yah seksval membabitkan pend4kwah selebriti yang ketika ini masih dalam tah4nan r3man.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata semua laporan itu diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Petaling Jaya.

“Sias4tan masih berjalan, setakat ini dua daerah terima laporan polis berhubung tindak laku pendakwah terbabit. Polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.

“Jumlah laporan terkini kira-kira empat hingga lima, jadi kita mengg3sa semua tampil ke hadapan sekiranya mereka menjadi m4ngsa pend4kwah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kum4n yang disampaikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, selaku Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif Inix Technologies Holdings Bhd di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Noor Azam berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak menolak kemungkinan m4ngsa mudah tertarik dengan cara pendakwah itu meyakinkan mereka.

“Kebanyakan m4ngsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mungkin tertarik dengan pend4kwah itu kerana cara dia mendekati m4ngsa dalam usia sebegini.

“Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pend4kwah yang boleh menenang dan meyakinkan m4ngsa terutama bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada m4ngsa.

“Tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik m4ngsa,” katanya.

Berhubung dakw4an pendakwah terbabit menggunakan ilmu pengasih, katanya, setakat ini pihaknya tiada maklumat mengenainya.

“Ilmu pengasih saya tidak tahu, tapi kadang-kala lelaki warga asing kulit hitam pun boleh dapat gadis yang muda cantik juga. Ini bermakna cara bercakap, mendengar masalah, itu yang menjadi kelemahan wanita apabila mendapat nasihat dan tunjuk ajar.

“Itu adalah satu faktor yang penyebab mereka terj3rat dengan pendakwah terbabit,” katanya.

Beliau berkata, semua laporan dibuat m4ngsa akan disiasat dan dikumpulkan daripada pelbagai sudut, termasuk bagaimana perkenalan mereka serta medium digunakan.

“Bila siasatan lengkap, kita akan kemukakan kepada Timbalan Pend4kwa Raya dengan fakta dan bukti, sama ada boleh d4kwa atau tidak, keputusan itu terpulang kepada pihak pend4kwaan,” katanya.

Ketika ditanya mengapa kebanyakan m4ngsa mengambil masa lama untuk membuat laporan polis, katanya, berkemungkinan masing-masing m4lu kerana membabitkan m4ruah diri.

“Kadang-kadang m4ngsa malu, kita tidak boleh salahkan m4ngsa sebab ini melibatkan m4ruah tetapi apabila seorang keluar, mesti dua tiga orang m4ngsa akan keluar lagi.

“Jadi saya menyeru, yang pernah jadi m4ngsa datanglah ke balai dan buat laporan polis, kita akan ambil tindakan, tidak perlu t4kut,” katanya.

Sumber-BH