Akibat Membuat Kenyataan H!na Sultan Johor

AKIBAT membuat kenyataan mengh!na Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi aplikasi WhatsApp, seorang pesara didenda RM5,000 atau tiga bulan penj4ra oleh Mahkamah Majistret Kajang, hari ini.

Mahadi Ibrahim, 58, membuat pengakuan bersalah selepas pertvduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, bapa kepada lima anak itu did4kwa membuat kenyataan terbabit melalui aplikasi WhatsApp dengan niat untuk meny4kitkan hati orang lain pada 10.48 malam, 4 Jun lalu di Taman Semenyih Indah di Hulu Langat.

Dia ditvduh mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihvkum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang memperuntukkan hukvman d3nda maksimum RM50,000 atau penj4ra sehingga setahun, atau kedua-duanya jika sab!t kesalahan.

Terdahulu, peguam yang mewakili Mahadi merayu anak guamnya dikenakan hukvman d3nda minimum kerana dia penanggung tunggal keluarga, selain menghidap masalah jantung serta d4rah tinggi yang memerlukannya membuat raw4tan susulan di hospital setiap bulan.

Timbalan Pend4kwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin berkata, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berpegang teguh kepada Rukun Negara dan satu daripadanya adalah kesetiaan kepada raja dan negara.

“Institusi diraja perlulah dihormati dan tidak boleh dig4nggu gvgat oleh mana-mana pihak. Saya mohon hukvman setimpal berbentuk pengajaran dapat dikenakan kepada orang kena saman (OKS),” katanya.

Mahadi membayar d3nda berkenaan.

Sumber- MH