Alamak, Apa Dah Jadi Ni !

AKIBAT tertekan pedal minyak, sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun mer3mpuh kedai serbaneka stesen minyak di Batu 26, Pekan Nanas, Pontian, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, dalam kejadian jam 2 petang, lelaki yang memandu kereta Proton Persona itu bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kec3deraan.

Katanya, siasatan awal mendapati kem4langan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu membelok ke stesen minyak untuk mengisi petrol.

“Pemandu dikatakan tertekan pedal minyak dan mer3mpuh pintu kedai sebuah stesen minyak.

“Akibat kem4langan itu, tiada sebarang kec3deraan membabitkan orang awam berlaku di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kes disi4sat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Sumber-MH