Amaran FIFA Kepada Pasukan Liga M

Itu mesej jelas yang dihantar Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan Persatuan Bolas3pak Negeri Pahang (PBNP) membayar RM4.9 juta kepada bekas pemainnya, Mohamadou Sumareh susulan tunggakan gaji dan pel4nggaran kontrak.

Justeru, pemerhati bola s3pak yang juga Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolas3pak Asia (AFC), Dr Zulakbal Abd Karim melihat situasi itu seharusnya menjadi pengajaran terbaik bukan sahaja kepada PBNP, malah kepada semua pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, perkara yang disifatkan mal4ng kepada PBNP itu boleh dielakkan jika pengurusan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dengan sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan pemain dan tidak menganiayai mereka.

“Ini bukanlah kali pertama pasukan Liga M terp4lit dengan hukvman FIFA tetapi persoalannya, sampai bila perkara ini akan berlaku? Adakah pasukan tidak pernah mengambil pengajaran atas k3s yang sudah terjadi sebelum ini?

“Mungkin atas kecuaian ataupun sebab yang hanya mereka tahu, akhirnya PBNP menerima pengajaran yang paling mahal dengan jumlah RM4.9 juta itu. Ia satu jumlah yang begitu besar dan seharusnya boleh dimanfaatkan untuk pembangunan bola s3pak.

“Jadi, pasukan jangan sekali-sekali bermain dengan kontrak pemain. Hormatilah hak pemain dan tunaikan tanggungjawab sebagai majikan sebaiknya. Dengan hukvman seperti ini, saya harap selepas ini pasukan akan k3cut perut dan tidak sambil l3wa dalam menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Terdahulu, PBNP berdepan b4la selepas badan induk bola s3pak antarabangsa itu mengarahkan persatuan berkenaan membayar RM4.9 juta kepada bekas pemainnya, Mohamadou Sumareh.

Pemain naturalisasi negara itu meninggalkan Pahang pada Ogos tahun lalu selepas mend4kwa PBNP gagal membayar gajinya mengikut kontrak dengan dia sepatutnya menikmati kenaikan sekitar RM20,350 setahun selepas tahun kedua bersama Tok Gajah.

Hukvman RM4.9 juta yang diumumkan FIFA adalah jumlah kenaikan tahunan terkumpul yang tidak dibayar dengan pel4nggaran kontrak untuk tahun 2020 dan 2021 sekali gus menjadi jumlah terbesar yang dimenangi pemain di Liga M.

Bagaimanapun, bekas pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan pihaknya akan mengemukakan r4yuan kepada badan bola s3pak dunia itu termasuk mendapatkan alasan pengh4kiman.

Sumber-BH