Antara Faktor Sarawak United Jadi Pilihan

KUANTAN: Bekas pemain kebangsaan, Gopi Rizqi Rama Chandra mengesahkan Sarawak United menjadi pilihan bagi meneruskan aksi dalam sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Biarpun Sarawak United beraksi di Liga Perdana, pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu percaya sa!ngan liga itu turut menjanjikan sa!ngan s3ngit.

“Saya pilih Sarawak United bukan sahaja dibarisi pemain berpengalaman, malah pernah bekerjasama dengan ketua jurulatih E Elavarasan.

“Berdasarkan pengalaman dan kerjasama itu, saya percaya akan dapat memberikan persembahan yang terbaik untuk membantu kelab ini beraksi di Liga Super musim 2022.

“Beraksi di Liga Perdana tidak menjadi persoalan kerana sa!ngan di liga ini juga tidak kurang hebatnya terutama sa!ngan daripada pasukan yang turut menyenaraikan pemain berpengalaman,” katanya.

Sebelum ini, Gopi Rizqi dilamar dua pasukan, masing-masing satu pasukan Liga Super dan Liga Perdana.

Selain Gopi Rizqi, Sarawak United dibarisi pemain berpengalaman iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Christie Jayaseelan dan Amer Saidin.

Selain itu, kelab dari Sarawak itu menyenaraikan tiga pemain import iaitu Taylor Regan, Lee Chang-hoon dan Sandro Mendonca.

Berdasarkan rekod, Gopi Rizqi mula bermain dalam saingan Liga M bersama Pahang dari 2010-2015, diikuti Selangor (2016), Johor Darul Ta’zim (JDT) (2017-2018), Melaka United (2018), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (2019) dan Pahang (2020).

Sumber-BH