Antara Isu Semasa Bola Sepak Yang Disembah Maklum Semasa Beliau Menghadap Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bola S3pak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini, bagi menyembah maklum perkembangan terkini bola s3pak tempatan.

FAM dalam laman Facebook rasmi memaklumkan pada pertemuan itu Hamidin menyembah maklum beberapa isu semasa kepada Seri Paduka selaku tokoh berpengalaman luas dalam bola sepak tempatan dan luar negara termasuk menggalas tugas selaku Presiden FAM pada 2014 hingga 2017.

Antara isu semasa yang disembah maklum kepada Al-Sultan Abdullah termasuk perkembangan ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan (NTC) di Putrajaya, serta aktiviti bola s3pak negara kendalian badan induk itu dan Liga Bola S3pak Malaysia (MFL) membabitkan jadual perl4wanan mengikut prosedur operasi standard (SOP) susulan COV!D-19.

Hamidin turut menyembah maklum proses penswastaan kelab dan pasukan Liga Malaysia (Liga M) serta pemisahan persatuan bola s3pak (FA) kepada kelab bola s3pak (FC) selain persediaan dan persiapan skuad Harimau Malaya bagi menyambung sa!ngan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac 2021.

Turut dimaklumkan mengenai perjalanan saingan Liga M musim 2021 dan Piala Persekutuan Bola S3pak ASEAN (AFF) yang ditunda kepada Disember tahun depan.

Seri Paduka juga dimaklumkan mengenai perkembangan terkini bola s3pak yang diputvskan dalam exco AFF dan Konfederasi Bola S3pak Asia (AFC).

Presiden FAM juga memohon perkenan pandangan Seri Paduka mengenai tanah FAM seluas 12.14 hektar di Bentong, Pahang.

Cadangan pembinaan ibu pejabat baharu FAM dan NTC di Putrajaya diilhamkan oleh ayahanda Seri Paduka, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang juga Presiden FAM pada 1984 hingga 2014.

NTC di Presint 5, Putrajaya dicadang menampilkan kemudahan moden termasuk tiga padang berciri antarabangsa yang kini dalam perbincangan fasa terakhir bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebelum kerja-kerja awal pembinaan dijangka bermula awal tahun depan.

Rundingan untuk membina ibu pejabat baharu FAM di Presint 5 juga sedang dimuktamadkan dan dijangka mula dibina pada penghujung 2021.

Sebagai tanda menjunjung kasih FAM, Hamidin mempersembahkan jersi baharu skuad Harimau Malaya kepada Al-Sultan Abdullah.

Majlis menghadap berkenaan adalah yang kedua oleh Hamidin sejak 27 Jun 2019. – BERNAMA

Sumber-BH