Antara Pemain Terima Gaji Paling Tinggi Dalam Seminit

LONDON: Paul Pogba dan Alexis Sanchez tersenarai sebagai pemain bola sepak yang menerima gaji tertinggi di dunia bagi setiap minit mereka bermain.

Pogba secara rasmi dinilai pemain mendapat bayaran tertinggi bagi setiap satu minit di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain tengah Manchester United itu memperoleh kira-kira 28,735 pound (RM156,949) bagi setiap 60 saat menyarung jersi skuad The Red Devils.

Kajian oleh OLBG yang menggunakan data kewangan dari senarai atlet bergaji tertinggi di dunia Forbes 2020, mend4kwa Pogba memperoleh gaji pokok AS$23 juta (RM96 juta) dalam 12 bulan hingga 1 Jun lalu.

Selepas menghabiskan masa hanya 610 minit di atas padang, tugasnya itu menghasilkan 28,699 pound (RM156,831) bagi setiap 60 saat.

Ia bermakna Pogba memerlukan kurang dari setengah jam untuk memperoleh bayaran sejuta dolar.

Pemain Perancis berusia 27 tahun itu bagaimanapun hanya menduduki tempat ke-12 dalam senarai bintang berpendapatan tinggi daripada sukan bola sepak, bola keranjang, besbol, tinju dan MMA.

Lima tempat teratas semuanya diduduki oleh atlet sukan bela diri – dengan bekas juara UFC, Conor McGregor mengetuai senarai itu selepas menumbangkan Donald ‘Cowboy’ Cerrone hanya dalam tempoh 40 saat di Las Vegas pada Januari.

Ia satu-satunya pert4rungan McGregor dalam tempoh 12 bulan dan memperoleh AS$32 juta (RM134 juta) – atau 609,000 pound (RM3.3 juta) untuk setiap satu saat aksinya di dalam gelanggang.

Pet!nju Deontay Wilder dan Canelo Alvazez menduduki dua tempat seterusnya dalam carta, di depan gandingan Britain, Tyson Fury dan Anthony Joshua.

Fury selaku juara WBC dan The Ring yang meng4lahkan Wilder pada Februari, memperoleh AS$50 juta (RM209 juta) dalam masa 57 minit, yang menyaksikan dia mendapat 667,671 pound (RM3.6 juta) setiap minit.

Juara WBO dan IBF, Joshua memperoleh bayaran AS$36 juta (RM150 juta) untuk aksinya selama 57 minit – yang dihitung pada 480,723 pound (RM2.6 juta) bagi setiap satu minit.

Pogba disa!ngi rakan sepasukannya di Old Trafford, Sanchez dengan pemain Chile yang kini dijual kepada Inter Milan itu memperoleh gaji pokok AS$24.6 juta (RM103 juta) – dengan nilai 360,000 pound (RM1.9 juta) seminggu.

Sanchez menghabiskan kurang dari 10 jam di atas padang, yang bermakna dia memperoleh 31,416 pound (RM171,593) untuk setiap minit.

Neymar, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo juga tersenarai dalam kedudukan 40 teratas.

Sumber-MH