Apa Punya Bapa La

REMAJA perempuan di Kajang yang dir0gol dan dilacvrkan bapa kandungnya dipercayai dibayar pada harga RM100 bagi setiap pelanggan yang melakukan hubungan s3ks dengannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Bryan Lai Wai Chong berkata, maklumat itu diperolehi pihaknya melalui keterangan diberitahu oleh ibu saudara remaja berusia 13 tahun terbabit.

“Saya dihubungi oleh ibu saudara m4ngsa berusia 30-an mengenai perkara itu, semalam, sebelum saya mengarahkan pegawai khas saya untuk membawa m4ngsa membuat pemeriksaan di Hospital Ampang.

“Pada masa sama, pegawai khas terbabit turut membantu ibu saudara m4ngsa membuat lap0ran polis untuk tindakan lanjut

“Ibu saudara m4ngsa juga ada memberitahu bahawa remaja berkenaan dibayar RM100 daripada setiap pelanggan semasa dia dilacvrkan oleh bapa kandungnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bryan berkata, m4ngsa kini ditempatkan di Hospital Ampang untuk pemer!ksaan lanjut.

“M4ngsa dijangka akan dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi sebaik selesai pemeriksaan dilakukan.

“Sebaik keluar hospital nanti, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengambilnya untuk penjagaan sementara,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan k3s itu selain memberikan sokongan moral kepada m4ngsa dan ibu saudaranya.

“Dalam keadaan ini, pastinya mereka memerlukan sokongan moral untuk meneruskan kehidupan. Justeru, pihak kami akan melawat m4ngsa untuk memberikan sokongan serta melihat perkembangannya.

“Kami menyerahkan sepenuhnya k3s ini kepada polis untuk si4satan lanjut. Pada masa sama, saya berharap sias4tan dilakukan pihak polis akan membawa kepada penah4nan pihak yang terbabit dalam k3s ini,” katanya.

Sumber-MH