Apa Yang Berlaku Bukan Perwatakan Sebenar

Berlin: Borussia Moenchengladbach mend3nda peny3rangnya, Marcus Thuram dengan sebulan gajinya akan dip0tong untuk diserahkan kepada badan amal, kerana melud4h pemain lawan Sabtu lalu.

“Marcus menerimanya dan juga menawarkan diri untuk terbabit dalam kerja amal bagi pihak dirinya sendiri,” kata Pengarah Sukan Gladbach, Max Eberl dalam satu kenyataan.

Thuram diperintah keluar padang selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) menunjukkan dia melud4h ke arah muka pemain Hoffenheim, Stefan Posch selepas kedua-duanya bert3kak sesama sendiri dalam sa!ngan Bundesliga.

Ketika Gladbach beraksi dengan 10 pemain, Hoffenheim mengambil kesempatan menjaringkan gol di lewat permainan dan menang 2-1.

Menurut akhbar harian, Bild, d3nda berkenaan membabitkan pemot0ngan sebanyak €150,000 (RM739,000).

“Apa yang berlaku bukanlah mencermin perwatakan sebenar saya dan sepatutnya tidak berlaku. Saya memintas maaf kepada semua orang, kepada Stefan Posch, pasukan lawan, rakan sepasukan, keluarga dan semua yang melihat tindakan saya,” kata pemain berusia 23 tahun itu di Instagram.

Sumber-MH