AS Tak Puas Hati Tindakan Malaysia?

Putrajaya: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada kerajaan Malaysia berhubung sekatan memasuki Malaysia terhadap rakyat dari 23 negara yang mencatatkan kes C0vid-19 melebihi 150,000 termasuk AS.

Dutanya Kamala Shirin Lakhdir berkata, antara lain, negara itu inginkan penjelasan sama ada larangan itu turut merangkumi warga AS yang tinggal di Malaysia namun ketika ini berada di sana.

Ditanya sama ada kerajaan AS membenarkan rakyatnya keluar negara pada masa ini, Lakhdir yang ditemui wartawan selepas melancarkan Akademi Usahawan Wanita berkata: “Ya, rakyat Amerika dibenarkan keluar dari Amerika Syarikat.”

Semalam, Malaysia mengeluarkan senarai 23 negara yang merekodkan lebih 150,000 kes C0vid-19 yang rakyatnya dilarang memasuki negara ini, termasuk pemegang pas lawatan jangka panjang, berkuat kuasa semalam.

Negara-negara berkenaan ialah AS, Brazil, India, Rusia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan Indonesia.

Sumber-MH