Azam Dan Tekad Beliau Bersama Terengganu FC

Kuala Terengganu: Aura dan ‘DNA’ Liga Perdana Inggeris (EPL), bakal menyerap dalam skuad Terengganu FC (TFC) selepas bekas pemain kelab Aston Villa, Christopher Herd berazam mahu berkongsi pengalaman dengan pemain skuad Penyu.

Bekas pelatih Akademi Bolasepak Aston Villa itu yang sudah menjalani latihan bersama pasukan sejak awal Januari lalu pasti dit4gih pemain tempatan untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Ini kerana pengalaman Herd, 32, beraksi selama lima musim di Aston Villa sehingga 2015 selain dua lagi kelab EPL, Bolton Wanderers dan Wigan Athletic sudah cukup menggambarkan pengalaman luas dimiliki pemain itu.

Malah pemain kebangsaan Australia itu juga bertekad mahu mencurah ilmu kepada pemain tempatan sekali gus memberi petanda positif kepada pemain muda.

“Kami lihat TFC boleh menjadi antara penc4bar utama kejuaraan jika dapat melakukan yang terbaik.

“Gabungan pemain import yang datang dari liga dan budaya bola s3pak berbeza bukan sahaja EPL, malah dari serata benua seperti Afrika dan Asia mampu suntik aura positif buat pasukan.

“Malah saya lihat pasukan ini cukup mantap dengan gabungan pemain muda serta tonggak import berpengalaman yang berusia 30 hingga 32 tahun.

“Sebagai pemain berpengalaman yang pernah beraksi dalam saingan EPL, saya sedia membimbing pemain TFC,” katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak.

Bekas pemain kelab Sheikh Russel dalam Liga Bangladesh musim lalu itu selain pernah beraksi bersama kelab Buriram United dalam Liga Thailand juga tekad membawa pasukan itu menghuni di tangga terbaik Liga Super.

Herd yang bakal bergandingan dengan seorang lagi bintang import berd4rah kacukan Filipina – Sepanyol, Carli De Murga di posisi pertahanan tengah juga mempunyai misi untuk membawa pasukan itu melangkah lebih jauh dalam sa!ngan Piala AFC musim ini.

Bagaimanapun, Herd akui perlu mempunyai masa untuk membentuk keserasian dan gandingan mantap bersama pemain tempatan dan import.

“TFC mampu melalui musim yang cemerlang jika semua pemain bekerja keras,” katanya.

Sumber-MH