Pilihan Pegawai Penyiasat

SURUHANJAYA Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) men3pis dakw4an pihaknya bersikap berat sebelah ketika menyiasat kes bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya menjalankan tugas seperti biasa, secara telus dan profesional.

“Kami tidak berat sebelah (pada) mana-mana pihak, kami jalankan tugas seperti biasa dan secara telus dan profesional,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program SPRM PUBG Mobile i-Challenge, di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Ketika ditanya mengenai d4kwaan Guan Eng bahawa beliau perlu memakai baju reman SPRM, Azam berkata, ia bergantung kepada bawah budi bicara pegawai peny!asat kes.

“Mana-mana pegawai penyiasat (yang) gunakan baju lok4p warna oren (kepada individu) adalah bawah budi bicara pegawai penjaga lok4p dan pegawai penyiasat.

“Hal ini sudah saya ulang banyak kali, dia (pakai baju reman SPRM) terpulang kepada budi bicara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas d4kwaan Guan Eng beliau diminta memakai baju reman SPRM berwarna jingga berbanding bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika disiasat.

Pada 8 Ogos lalu, Guan Eng menerusi status Facebook menceritakan pengalamannya dit4han di dalam lokap SPRM, Putrajaya sebelum did4kwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Guan Eng dilap0rkan berkata, beliau perlu tidur di atas lantai papan dan menganggap dirinya tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelumnya iaitu Najib ketika dit4han SPRM berhubung kes 1MDB dan SRC.

Beliau juga mend4kwa dirinya terpaksa menukar pakaian baju jingga SPRM dan tidur di dalam bilik l0kap yang s3mpit tanpa bantal atau tilam.

Guan Eng dalam statusnya turut mend4kwa Najib tidak perlu bermalam walaupun sehari di dalam lok4p.

Sumber-MH