Bakal Bergandingan Semula Bersama Buff

Kuala Lumpur: Episod m4lang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Selasa lalu mahu segera dilupakan Selangor FC menjelang aksi ketiga Liga Super men3ntang Kuala Lumpur City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.

Kekal4han 1-3 kepada Terengganu FC sememangnya meny3ntap semangat skuad Red Giant yang sebelum itu tersenyum gembira apabila meraih kemenangan pertama pada aksi sulung musim ini dengan menundukkan Sri Pahang 3-1 pada minggu lalu.

Antara tonggak yang memperagakan aksi mengagumkan sudah tentunya pemain tengah dari Switzerland, Oliver Buff yang menc3tak dua g0l bertemu skuad Tok Gajah, namun sedikit tengg3lam ketika berdepan skuad Penyu.

Jelas Buff, dia mahu rakan sepasukan kembali b4ngkit dengan memanfaatkan aksi di tempat sendiri untuk memungut tiga mata.

“Kita harus berikan aksi terbaik dan segala-galanya untuk meraih tiga mata maksimum pada malam esok,” katanya yang cukup berpengalaman di pentas Eropah apabila pernah beraksi untuk Zurich FC di liga negaranya dan Real Zaragoza di Sepanyol.

Pert3mbungan dengan Kuala Lumpur yang juga aksi ‘derby’ dua jiran tetangga itu bakal memasuki perl4wanan ke-80 bagi kedua-dua pasukan dengan Selangor melakar 50 kemenangan berbanding 15 oleh skuad Warga Kota dan 14 kali seri.

Malah, aksi terakhir kedua-dua seteru lama itu pada 2019 menyaksikan skuad Merah Kuning menang 2-1 dengan secara keseluruhannya 153 gol berjaya dil3dak Selangor.

Sementara itu, Selangor FC sah terp4ksa melupakan khidmat pemain tengah bertahan, Halim Saari yang mengalami keced3raan ligamen dan berkemungkinan terp4ksa berehat untuk sembilan bulan.

Dijangka, pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan akan kembali beraksi mengisi tempat Halim selepas dia mengalami ced3ra ringan sebelum ini untuk bergandingan semula bersama Buff.

Sumber MH