Bakal Bersama Kelantan FC

KUALA LUMPUR: Mahu merasai cab4ran baharu dilihat menjadi faktor jurulatih dari Sepanyol, Pol Carpas berkelana ke Malaysia dan menjadi pembantu jurulatih pasukan Liga Perdana, Kelantan FC.

Pengendali dari Begur, Catalonia itu akan bergandingan bersama ketua jurulatih dari Itali, Marco Ragini dalam misi membawa jaguh pantai Timur itu kembali ke Liga Super pada musim depan.

Pernah beraksi bersama FE Palamos, namun dia membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan dan memiliki pengalaman antarabangsa di China dan Maghribi.

Selain itu, dia juga pernah mengendalikan pasukan bola s3pak wanita dan Yayasan Marcet di Catalonia.

“Saya tidak ada masalah untuk berkelana dan mendapatkan pengalaman dan merasai cab4ran baharu. Panggilan daripada Ragini membawa saya ke Malaysia.

“Saya tiba agak lewat di Malaysia kerana COV!D-19 tetapi akhirnya saya sudah berada di sini. Kami akan memulakan pramusim dan pertandingan akan bermula pada Mac dan berakhir sekitar November.

“Ada beberapa pertandingan di sini selain kejuaraan liga dan jika kami berjaya menempatkan diri dalam kedudukan dua terbaik, pasukan ini akan ke Liga Super,” katanya menerusi media Sepanyol, L’esportiu.

Sebagai rekod, skuad The Red Warriors menggunakan beberapa kepakaran luar untuk memperkasa pasukan bagi musim ini termasuklah khidmat Ragini dan Carpas.

Selain dua jurulatih terbabit, Kelantan FC turut mendapatkan khidmat jurulatih fizikal dari Sevilla, Alberto Linan dan jurulatih penjaga gol dari Itali.

Sumber-BH