Bakal Menjadi Perkara Penting Buat Selangor FC

KUALA LUMPUR: Musim 2021 bakal menjadi musim yang penting buat skuad masa depan Selangor FC selepas tiga pasukan mereka iaitu Selangor II, Piala Presiden dan Piala Belia akan terus ‘disun!t’ dengan DNA Selangor secara lebih terperinci.

Itu antara perancangan Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner yang mengakui musim ini bakal memberi peluang yang terbaik untuk mereka terus menerapkan DNA Selangor kepada skuad pembangunan Selangor sebagai persediaan mereka untuk ke peringkat lebih tinggi.

Jelas pengendali dari Jerman itu, penerapan DNA Selangor itu pasti tidak akan mendatangkan masalah memandangkan pasukan pembangunan itu adalah antara pasukan terawal yang sudah menerima DNA bola s3pak baharu sejak awal musim lalu.

“Barisan jurulatih dan pemain dari Selangor II, Piala Presiden dan Piala Belia sudah ada pemahaman dan penyesuaian dalam DNA Selangor FC sejak dari mula lagi. Jadi musim ini adalah peluang terbaik untuk menerapkannya dengan lebih terperinci.

“Jika mereka dapat menerima falsafah bola s3pak ini dengan baik, satu hari nanti mereka akan berpeluang bermain di peringkat yang lebih tinggi. Ini adalah matlamat utama DNA Selangor FC diwujudkan,” katanya.

Dalam masa sama, Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan tidak menjadi alasan buat pemain untuk berehat apabila mereka tetap menjalani persiapan pramusim yang sudahpun bermula sejak awal Januari lalu secara dalam talian.

Selain itu, ketiga-tiga pasukan juga sudah menjalani beberapa ujian asas kecergasan seperti ‘Yo-yo Interm!ttent Recovery Test Level 2’, ‘One Rp3 Max’ dan ‘Funct!onal Mov3ment Screen (FMS)’.

Semua ujian terbabit dijalankan bertujuan untuk menguji keupayaan dan kecergasan pemain sebelum liga bermula nanti.

Sumber-BH