Bapa Kuzri ‘Dok Gad0h’

WAN Kamal Wan Napi enggan terbvru-bvru membeli pasukan Kelantan FC apabila mengakui banyak perkara perlu dikaji semula termasuk soal logistik dan imp4k Covid-19 kepada Liga Malaysia (Liga M).

Jelas calon pembeli itu, beliau akan memikirkan semasak-masaknya bersama beberapa pihak seperti peguam dan individu tertentu yang mahir mengenai Liga M.

Katanya, ketika ini beliau sedang mengumpul maklumat dan input sebelum memutvskan tentang pembelian pasukan The Red Warriors.

“Saya tidak terd3sak untuk membeli segera kerana banyak perkara perlu diteliti seperti isu logistik. Di peringkat pengurusan mungkin tak ada masalah, tetapi masalah utama mengenai cab4ran logistik.

“Saya akan bincangkan secara dalaman bersama Jawatankuasa Dalaman yang saya bentuk sendiri bersama peguam dan lain-lain untuk dapatkan gambaran sebenar,” katanya kepada Arena Metro.

Menerusi laporan Arena Metro, Wan Kamal yang juga bekas pemain Piala Razak pasukan Kelantan menyatakan hasrat untuk menyelamatkan skuad Cik Siti Wan Kembang itu apabila berhasrat untuk membeli pasukan yang kini dih!mpit hutang mencecah RM4.6 juta.

Bagaimanapun, beliau yang kini menetap di Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat (AS) menyatakan keinginan itu dengan bersyarat, apabila menegaskan hutang l4puk itu perlu diselesaikan sendiri oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) tanpa membabitkan pemilik baharu pasukan.

Hasrat berkenaan disambut baik Kafa yang mengesahkan segala hutang hanya akan ditanggung oleh mereka dan menetapkan RM3 juta sebagai harga jualan dan RM1 juta untuk bayaran r0yalti setahun.

Begitupun, bapa kepada Wan Kuzain dan Wan Kuzri itu mengakui tidak bersetuju dengan bayaran r0yalti berkenaan yang disifatkannya seperti masih wujud campur tangan Kafa dalam pengurusan pasukan

Sumber-MH