Persoalan Tersebut Belum Ada Kepastian

Johor Bahru: Mungkinkah pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva akan tersenarai dalam kesebelasan utama skuad itu apabila melayani kunjungan Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Persoalan itu belum ada kepastian sama ada pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora akan mengekalkan Fernando Rodriguez mengemudi j3ntera ser4ngan atau bakal menurunkan Bergson pada aksi kedua men3ntang skuad Harimau Kumbang itu.

“Kami akan tengok tahap kecergasan Bergson sama ada beliau bersedia diturunkan atau tidak manakala Rodriguez juga ada peluang diturunkan semula tapi perlu lihat dia mampu beraksi selepas aksi men3ntang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang berintensiti tinggi.

“Dia mengalami kec3deraan namun tidak serius dan kita akan pantau lagi kerana pada aksi men3ntang KDA FC sememangnya aksi yang begitu menc4bar buat dirinya,” katanya.

Mora juga tidak men4fikan skuad kendalian Tomas Trucha memiliki barisan pemain yang mantap terutama di posisi ser4ngan yang diterajui Casagrande yang boleh beri anc4man terhadap bent3ng skuad Harimau Selatan.

Katanya, status Penang FC selaku pendatang baharu dalam kancah liga elit domestik tidak boleh dipandang rendah tatkala pasukan itu memulakan kempen liga dengan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC, Sabtu lalu.

Malah, pengendali dari Mexico itu, menegaskan persiapan yang lebih rapi akan dibuat JDT untuk berusaha mengekalkan momentum kemenangan selepas menang ke atas KDA FC 2-0 pada aksi Piala Sumbangsih, Jumaat lalu.

“Kemenangan ke atas KDA FC beri keyakinan buat setiap pemain untuk mengekalkan corak permainan yang 4mpuh. Tambah pula aksi kedua kita akan beraksi di laman sendiri dan tidak boleh melepaskan peluang untuk catat kemenangan.

“Kami tetap menghormati Penang FC kerana mereka memiliki kekuatan tersendiri. Bagi kesebelasan utama JDT yang akan diturunkan, saya akan pert4ruhkan barisan terbaik dan pemain harus beri cab4ran kepada diri sendiri untuk berdepan pasukan l4wan, malam esok,” kata Mora.

Sumber MH