Baucar Khas Buat Penyokong Liverpool

KEJAYAAN Liverpool mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019/2020 membawa tuah kepada penyokongnya di negara ini apabila Hospital Pakar KPJ Damansara menyediakan baucar RM90 khusus kepada mereka yang mahu melakukan saringan kesihatan.

Namun, orang ramai terutama penyokong Liverpool perlu memenuhi syarat dengan memakai jersi pasukan berkenaan ketika hadir ke hospital berkenaan untuk mendapatkan baucar terbabit. Menurut jurucakap KPJ Damansara, inisiatif berkenaan bermula semalam dan akan berakhir Sabtu ini.

“Kami tidak meletakkan had dan mereka boleh datang beramai-ramai untuk mendapatkan baucar terbabit sempena pasukan itu dinobatkan juara EPL musim ini.

“Pada masa sama, penyokong Liverpool perlu memakai jersi pasukan untuk men3bus baucar berkenaan nanti,” katanya.

Liverpool ditabalkan juara EPL selepas Chelsea men3waskan Manchester City sekali gus menamatkan penantian 30 tahun kelab itu.

Sumber-MH