Bayangan Baru

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan parti baharu yang ditubuhkannya akan menggunakan singkatan nama Peju4ng.

Dalam status di Facebooknya, hari ini Ahli Parlimen Langkawi itu turut berkongsi nukilannya mengenai hala tuju parti berkenaan.

Katanya, parti itu ditubuhkan kerana kesedaran untuk menghapuskan rasvah dan memartabatkan orang Melayu.

“Jika ingin dapat jawatan dan wang. Pilih parti lain. Jika ingin t3bus maruah. Jika ingin kekal hak kita. Pilih parti kami. Pilih PEJU4NG,” katanya.

Jumaat lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu sebagai platform untuk bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meneruskan aktiviti mereka di dalam politik.

Parti baharu itu akan mend0kong dasar Bersatu seperti mana di awal penubuhannya dahulu.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya ketika dihubungi mengesahkan nama singkatan berkenaan akan digunakan oleh parti terbabit kelak.

“Ya, singkatannya adalah Peju4ng. Tunggulah nama penuh akan diumumkan nanti, tapi singkatannya memang Peju4ng,” katanya.

Sumber-MH