Teka Teki Rozaimi Hampir Terjawab

Kota Kinabalu: Selepas mend3dahkan bakal beraksi bersama sebuah pasukan dari Liga Super musim depan, bekas peny3rang kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman hari ini membayangkan beliau mungkin akan menyarung jersi Kedah.

Peny3rang berusia 28 tahun yang sebelum ini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim II (JDTII) dalam hantaran di ‘St0ry’ Fb menunjukkan keterangan penerbangan daripada Kota Kinabalu ke Alor Setar, hari ini.

Walaupun belum mend3dahkan pasukan mana yang akan diwakilinya, hantaran di Fb itu seakan-akan mengesahkan Rozaimi bakal beraksi bersama Lang Merah, musim depan.

Terdahulu sebelum ini, Rozaimi berkata beliau ‘dilamar’ sebuah pasukan dari Liga Super selepas hasratnya untuk mencurah bakti di negeri sendiri tidak kesampaian sebelum ini.

“Memang sudah ada pasukan (akan diwakili), tapi kita tunggu pengumuman rasmi nanti.

“Harapan saya untuk musim depan adalah untuk memberikan aksi terbaik kepada pasukan baharu kerana saya berazam untuk membuat kemunculan semula dalam skuad kebangsaan,” katanya.

Selepas meninggalkan Sabah pada penghujung 2015, Rozaimi menyertai JDT sebelum diserapkan ke JDT2 sehinggalah kontraknya tidak disambung untuk sa!ngan musim depan.

Difahamkan, beliau kemudiannya balik ke Sabah selepas mendapat khabar akan beraksi buat pasukan itu namun hasratnya tidak kesampaian apabila tidak ditawarkan kontrak oleh Persatuan Bola S3pak Sabah (SAFA).

Sumber-MH