Bayangan Pasukan Sumareh Musim Depan

Kuala Lumpur: Pemain sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh kembali ke Malaysia, selepas empat bulan bersama kelab Liga Thailand, Police Tero FC.

Pemain naturalisasi Malaysia berusia 26 tahun itu, mengucapkan terima kasih kepada kelab Thailand itu yang memberinya peluang selain mer4wat keced3raannya semasa bersama-sama kelab berkenaan, sejak September 2020.

“Ia sesuatu yang menc4bar sebagaimana sebelum ini, namun ia mempersiapkan saya untuk tahun baharu 2021 dan saya sudah bersedia secara fizikal mahupun mental.

“Saya memutuskan untuk kembali ke Malaysia dan saya yakin pengalaman saya dalam Liga Thailand menerusi Police Tero FC akan memberi manfaat yang besar,” katanya dipetik dalam kiriman terbaharu menerusi akaun Instagramnya@sumareh_jnr26.

Sebelum ini dilaporkan, pemain berasal dari Gambia itu terbabit dalam kem3lut dengan Sri Pahang FC selepas mend4kwa pasukan Liga Super itu tidak membayar gajinya selama beberapa bulan, sehingga memaksanya mengguna pakai klausa 8.7 yang terkandung dalam kontraknya.

Dalam klausa itu, mana-mana pemain yang tidak dibayar gaji selama sebulan atau lebih, boleh memohon untuk menamatkan kontrak dengan pasukan yang melanggar syarat kontrak.

Sumareh kemudian bertindak menyertai Police Tero FC pada 7 September lalu, namun dia hanya membuat empat penampilan bersama kelab itu.

Sebelum ini dilaporkan, kelab Thailand yang diberi jol0kan ‘The Silver Shields Dragons’ itu memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak jangka pendek pemain itu, mel4mpaui Disember 2020.

Sumareh juga dipercayai ditawarkan gaji lumayan untuk menyertai salah sebuah pasukan teratas Liga Super, yang akan memulakan sa!ngan musim ini pada Februari depan.

Sumber-MH