Bayaran Itu Bukannya Jumlah Hutang Gaji Semata-Mata

KUALA LUMPUR: Keputusan Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan Persatuan Bolas3pak Negeri Pahang (PBNP) membayar sehingga RM4.9 juta kepada bekas pemainnya, Mohamadou Sumareh jelas menimbulkan satu persoalan yang begitu besar.

Ini kerana jumlah bayaran yang diumumkan badan induk antarabangsa itu termasuklah jumlah kenaikan tahunan terkumpul yang tidak dibayar dengan pel4nggaran kontrak untuk 2020 dan 2021 sekali gus menjadi jumlah terbesar yang dimenangi pemain di Liga M.

Jadi, berapakah sebenarnya gaji yang dibayar PBNP kepada Sumareh sehingga mereka terpaksa ‘l3bur’ hampir RM5 juta selepas bekas pemain itu mengh3ret kes terbabit ke pengetahuan FIFA?

Namun, jumlah itu sebenarnya tidak mengejutkan kerana sumber mend3dahkan, gaji bekas pemain Police Tero itu adalah terlalu ‘mahal’ selain dia sepatutnya menerima kenaikan gaji sebanyak RM20,350 setiap tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2022.

Menurutnya, pemain itu sepatutnya menerima sekitar RM163,000 pada tahun keempatnya bersama Pahang namun pemain itu mend4kwa gajinya tidak berubah sejak menyertai skuad Tok Gajah pada 2017.

Mengulas mengenai situasi itu, peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid menjelaskan jumlah pamp4san setinggi RM4.9 juta itu perlu dibayar PBNP memandangkan pemain itu mempunyai tempoh kontrak yang masih panjang bersama pasukan terbabit.

Susulan itu, Zhafri menyatakan itu menjadi punca jumlah pamp4san terbabit menjadi tinggi seperti yang diarahkan oleh FIFA.

“Jumlah itu pastinya bukannya jumlah hutang gaji semata-mata disebabkan pemain sudah menamatkan kontraknya bersama PBNP yang menyebabkan PBNP terpaksa membayar pamp4san selaras dengan baki kontrak pemain itu bersama mereka.

“Secara majoritinya, apa yang PBNP perlu bayar adalah pamp4san selepas Sumareh menamatkan kontraknya sebelah pihak dengan alasan yang munasabah.

“Secara ringkasnya, pemain akan mendapat pamp4san yang bersamaan dengan baki tempoh kontrak, pamp4san menamatkan kontrak sebelah pihak dan pamp4san berkaitan tingkah laku PBNP,” katanya.

Jumlah terbabit jelas memberi ‘b4la’ kepada PBNP sebelum mengh4rungi musim baharu tetapi bekas pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada badan bola sepak dunia itu termasuk mendapatkan alasan pengh4kiman.

Sumber-BH