Bazar Malam di Hotel W Kuala Lumpur

Menikmati hidangan berbuka pu4sa bersama insan tersayang pastinya meninggalkan ken4ngan manis.

Apat4h lagi jika hidangan itu menepati cita rasa, lazat dan berbaloi dinikmati.

Memahami keinginan ramai berbuka dengan sesuatu yang berbeza, Hotel W Kuala Lumpur menerusi restoran Pan Asia, Flock menawarkan hidangan menyelerakan yang disediakan oleh Cef Eksekutif, Cef Haznizam Hamzah.

Selama sebulan sehingga 13 Mei ini, Flock menyediakan konsep ‘Bazar Malam’ dengan pelbagai gerai makanan popular disediakan.

Bagi yang suka ulam-ulaman seperti petai, bendi dan sayuran hijau lain terus dihantar ke Hotel W terletak di Jalan Ampang bagi memastikan ia sentiasa menepati kehendak selera.

Melalui gerai bufet pula, pastikan perut anda masih ada ruang kerana anda akan melalui menu nasi ayam hainan, roti john, otak-otak dan sate, kambing panggang dan banyak lagi.

Peminat hidangan durian pula, Cef Eksekutif Pastri, Cef Kevin akan mengolah beberapa resipi menggunakan hidangan raja buah itu.

Pengunjung pasti akan seronok kerana dapat merasai pilihan hidangan termasuk lapisan kek durian, kek keju Musang King dan serawa durian.

Bagi yang tidak menggemari durian, pelbagai pencuci mulut disediakan antaranya berasaskan kelapa dan gula mel4ka, opera pandan kaya, bunga mangga halia panna cotta dan kek coklat.

Harga dewasa RM198 dan kanak-kanak RM99.