Beberapa Cara Terbaik Untuk Bantu Anak Supaya Rajin Belajar

1. Berilah hadiah sebagai tanda galakan atas pencapaian terbaiknya.

2. Ibu bapa kena sabar apabila anak banyak bertanya perkara yang dia musykil atau tidak tahu. Rajin bercerita atau berbincang dengan anak-anak walaupun mereka masih muda. Selalu bercerita membuat mereka cepat matang. Beri penerangan pada pertanyaan, `kenapa dan mengapa’ yang selalu anak-anak tanya atau soal kepada kita. Jawapan pada setiap pertanyaan itu akan merangsang otaknya untuk lebih ke depan dan rasa ingin tahunya pada sesuatu perkara akhirnya mendorong minatnya terhadap membaca dan belajar. Cubalah kalau tak percaya.

3. Selalu bersamanya ketika dia mengadap buku. Kalau tidak mengajarnya pun, duduklah berdekatan dengannya sambil membaca seperti majalah, novel atau akhbar. Jangan main handphone.

4. Beli buku mengikut apa yang disukainya. Kalau dia sukakan sesuatu kartun atau tokoh super hero, beli buku-buku atau peralatan sekolah seumpama itu untuk menambah minat membaca dan belajarnya.

5. Cipta suasana belajar yang tenang dan merangsang anak untuk seronok belajar. Kalau dia masih sekolah rendah, jadikan suasana belajar itu seperti dia sedang bermain. Mengasuh cara belajar yang betul sejak awal lebih memudahkan mak ayah membentuk minat anak di kemudian hari.

6. Jika ada fan4tik dengan game, guna cara itu untuk mempengaruhi dan memanipulasinya untuk belajar. Katakan padanya, belajar dahulu, lepas tu boleh main game semula. Pastikan dia belajar dan membuat kerja rumah dengan betul, bukan asal siap kerana mahu cepat-cepat bermain. Bahagikan waktu dan minta anak ikut jadual yang ditetapkan. Mak ayah pun kena berdisiplin juga.

7. Pastikan berapa banyak masa yang diperlukan anak untuk menyiapkan sesuatu. Salah satu kunci untuk mengubah anak malas menjadi rajin adalah mengajarnya untuk menguruskan waktu. Mereka harus tahu membahagikan waktu untuk setiap perkara. Bantu mereka menguruskan perkara ini.

8. Elakkan anak-anak daripada ganggvan ketika mahu belajar. Perhatikan dengan teliti apakah perkara yang paling mengganggu atau menghalangnya setiap kali diminta untuk belajar. Mengidentifikasi ganggvan itu boleh membantu anak untuk mengawal gangvuan tersebut.

9. Sekiranya anak-anak mendapat tugasan besar dari sekolah yang perlu disiapkan dan dia rasa terb3ban untuk melakukannya, inilah masa untuk mak ayah beri sokongan. Dampingi mereka dan beri tunjuk ajar. Peluk mereka erat-erat. Pelukan kita akan meringankan mereka menghadapi beb4nan tersebut. Malah mungkin mereka mendapat banyak idea untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

10. Jangan sekali-kali mer3mehkan kemampuan anak. Tunjukkan kita mempercayai kemampuan mereka. Sekiranya kita menunjukkan sikap mer3mehkan kemampuan mereka, semangat atau gh4irah belajar mereka akan hilang, bah dalam hal-hal kecil seperti mencuci pinggan, membasuh kasut, menggosok baju atau menyapu sampah juga mereka tidak bersemangat lagi. Mungkin apa yang dilakukan mereka tidak bersih atau kemas tetapi keinginan membuat pekerjaan itu yang patut diberi tumpuan dan diberikan penghargaan, bukan pada hasil kerjanya. Mereka akan berhenti belajar sesuatu jika sering dikr!tik.

11. Kemalasan anak pasti akan memberi ris!ko kepadanya. Jangan kita pula gel4bah dan tolong menyiapkan kerja sekolahnya untuk mengelakkan dia did3nda gurunya. Biarkan dia menerima hukvman itu. Dia akan belajar daripada d3nda tersebut dan kita tidak perlu menambah d3nda itu atau mem4rahinya.

12. Di dalam ahli keluarga, pasti ada seseorang yang akan membuat anak mahu mendengar kata-kata. Minta bantuannya mengubah sikap pemalas anak menjadi produktif. Strategi ini akan lebih berjaya jika orang itu adalah ibu, ayah atau adik beradiknya sendiri.

Ingat, ibu ayah jagan mudah pvtus asa sebab semangat anak-anak akan datang anda dulu. Insyallah mood rajin dia akan muncul, semoga bermanfaat.

Sumber : http://www.catsfm.my/whats_hots/view/806/rupanya-inilah-12-punca-anak-malas-belajar-mak-ayah-wajib-sedar-selesaikan