Beberapa Import Baharu Nadi Kekuatan Kuching City FC

Kuala Terengganu: Peminat Kuching City FC bakal disajikan gaya permainan bola s3pak Samba apabila skuad itu meng!kat tiga pemain import kelahiran Brazil.

Pengendalinya Irfan Bakti Abu Salim berkata, tiga import kelahiran Brazil itu termasuk bekas pertahanan Kelantan, Aylton Alemao selain dua pemain musim lalu yang dikekalkan iaitu Hudson Dias dan Leonardo Alves.

Bekas jurulatih Terengganu FC (TFC) itu berkata, melengkapkan kuota tonggak import pasukannya adalah pemain kelahiran Jepun, Yuta Suzuki yang beraksi di posisi tengah.

“Kami percaya empat tonggak import itu mampu menjadi nadi kekuatan pasukan dalam sa!ngan Liga Perdana yang bakal berlangsung akhir bulan depan. Selain itu majoriti pemain kelahiran Sarawak diketuai kapten, Joseph Kallang Tie turut diletakkan harapan yang tinggi untuk bersaing dalam kancah liga,” katanya kepada Sukan NSTP ketika dihubungi.

Musim lalu skuad Kuching City FC yang dibimbing jurulatih kelahiran Jepun, Akira Higashiyama berjaya menduduki tempat keempat Liga Perdana walaupun musim pertama dalam sa!ngan divisyen dua itu.

Mengulas lanjut, Irfan yang pernah membantu TFC muncul naib juara Piala Malaysia pada 2018 menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya dua tempat teratas liga.

“Sasaran kita sudah tentu untuk membantu pasukan mara ke sa!ngan Liga Super musim depan walaupun sudah pasti pelbagai cab4ran bakal dilalui pemain. Justeru saya mengharapkan pemain fokus sepanjang musim selain meningkatkan lagi prestasi masing-masing,” katanya yang masih lagi menjalani tempoh kuar4ntin di Sarawak.

Sumber-MH