Begitu Bersemangat Untuk Memulakan Musim Baharu Bersama JDT

KUALA LUMPUR: Penyokong bola s3pak negara sudah boleh melupakan impian untuk melihat Safawi Rasid beraksi bersama Portimonense FC apabila peny3rang itu sah sudah meninggalkan kelab di liga utama Portugal berkenaan.

Malah, menurut sumber, Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia dua tahun berturut-turut itu sudah pulang ke tanah air.

“Ya, betul Safawi sudah ada di Malaysia. Dia kini begitu bersemangat untuk memulakan musim baharu bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan membantu skuad negara mengh4rungi kelayakan (Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023),” kata sumber itu.

Spekulasi kepulangan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ke tanah air turut diperkuat dengan perkongsian terbaru pemain itu di laman Instagramnya yang seakan mengiyakan perkembangan bahawa dia sudah berada di Malaysia.

Menerusi Instastory terbarunya, pemain berusia 23 tahun itu mengambil kesempatan bergambar bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan rakan sepasukan, Azrif Nasrulhaq.

Nada positif tampak ditunjukkan oleh Safawi menerusi wajahnya yang ceria dengan dia turut berkesempatan meletakkan beberapa emoji seperti emoji ‘bekerja k3ras’ dan gambar harimau belang.

Perkongsian sama turut dapat disaksikan di laman Instagram Tunku Ismail, JDT dan Azrif.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengesahkan Safawi akan kembali bersama JDT bagi sa!ngan Liga M musim depan.

“Saya rasa Safawi akan kembali, jadi Safawi akan bersama JDT tahun 2021. 100 peratus (sah),” kata Tunku Ismail menerusi satu wawancara bersama stesen televisyen swasta, dua minggu lalu.

Sebagai rekod, Safawi menyertai Portimonense SC yang beraksi dalam Primeira Liga itu pada Oktober lalu dengan status sebagai pemain pinjaman bagi tempoh semusim.

Penyertaan Safawi ke Portugal itu jelas menyemarakkan semangat penyokong tempatan yang tidak putus putus memberi semangat dan sentiasa menantikan detik pemain itu beraksi di liga utama Eropah.

Bagaimanapun, hasrat peminat bola s3pak negara untuk melihat Safawi membuat penampilan pertama di Portugal itu tidak kesampaian meskipun empat kali dia berada dalam senarai pemain simpanan.

Sumber-BH