Beliau Tidak Menolak Kemungkinan

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe meletakkan harapan tinggi supaya Liga Malaysia (Liga M) dapat disambung semula pada September ini.

Ia bagi memastikan tonggak skuad Harimau Malaya mendapat kembali tahap kecergasan dan kekuatan fizikal sebelum beraksi di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bekas pengendali Kedah itu tidak menolak kemungkinan masalah besar akan ‘meny3rang’ kem skuad kebangsaan untuk persiapan mengharungi dua aksi kelayakan, Oktober ini jika Liga M tidak dapat disambung. “Jika liga dapat bermula pada September ini, sekurang-kurangnya pemain ada sesuatu untuk mereka bersedia sepanjang tempoh beberapa bulan ini daripada sekadar melakukan latihan sendirian di rumah.

“Pemain juga dapat mencari kembali sentuhan mereka dari segi fizikal dan kecergasan bersama pasukan masing-masing sebelum menyertai pasukan kebangsaan. “Sudah tentu saya harap liga tidak dibat4lkan demi memastikan pemain berada di tahap terbaik terutama fizikal dan stamina walaupun soal kesihatan adalah paling utama kerana penul4ran COVID-19 suk4r untuk diramal.

“Namun jika ia terjadi, suk4r buat saya merencanakan persiapan pasukan kerana pemain belum bersedia sepenuhnya tetapi sebagai jurulatih, saya kena sedia hadapi situasi begini,” katanya.

Berdasarkan perancangan terbaharu Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang masih tertakluk kepada kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA), skuad Harimau Malaya akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 Oktober di Dubai dan Vietnam, 13 Oktober di Kuala Lumpur.

Sebelum turun ber3ntap dalam dua perlawanan itu,skuad negara dalam perancangan mengaturkan satu aksi persahabatan bertemu Bahrain pada 3 Oktober di Manama. Sebagai rekod, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) merancang untuk menyambung kembali Liga Super serta Liga Perdana bermula 1 dan 2 September dan berakhir pada 26 dan 27 September ini.

Bagaimanapun situasi di Vietnam dan UAE lebih baik berikutan penul4ran COVID-19 yang semakin terk4wal dengan negara itu dijangka memulakan liga tempatan pada Jun manakala UAE pada Ogos, sementara Thailand pula pada September.

Selain itu, Cheng Hoe memberi bayangan akan mengekalkan sebahagian besar tonggak utama dalam skuad negara sebelum ini selain mem4ntau perkembangan pemain lain yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga M. “Berikutan sudah lama mereka tidak dikumpulkan dengan kali terakhir iaitu pada November tahun lalu, saya harap mereka semua masih ada persefahaman yang baik antara satu sama lain,” katanya.

Sumber : BH