Belum Bagitahu Isteri Pemerg!an Tiga Anak

Ipoh: Bapa kepada tiga beradik yang m4 ut dalam kemal4 ngan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam belum mempunyai kekuatan untuk memberitahu isterinya mengenai kehil4ngan ketiga-tiga anak mereka.

Muhammad Alhafis Mohamad, 29, berkata isterinya Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, masih belum sedarkan diri dan tidak mengetahui apa yang berlaku.

“Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberitahu tentang kem4 tian tiga anak kepada isteri, ketika ini.

“Dalam keadaan Aimi macam itu (tidak sedarkan diri dan sedang dir4wat) buat masa ini saya tak nak beritahu apa-apa dahulu..

“Bagaimanapun, saya tetap akan beritahu… tunggu masa yang sesuai untuk beritahu isteri tentang keadaan (kem4 tian) anak-anak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, hari ini.

Katanya, dia turut menafikan dakw4an mengatakan isterinya pulang ke Melaka atas urusan mahkamah bagi menyelesaikan urusan peribadi mereka, tetapi sebaliknya untuk bercuti.

“Bukan urusan mahkamah, dia memang bercuti dan berjumpa dengan saya atas urusan keluarga. Saya memang tinggal dan bekerja di Melaka,” katanya.

Sementara itu, abang kepada Nur Aimi, Muhd Jazli Aiman, 31, berkata selepas ins!den terbabit, keluarganya bercadang untuk memohon supaya adiknya dipindahkan ke hospital di Melaka.

“Ada (rancangan bawa Aimi ke hospital di Melaka), itu kita tunggu dulu kata doktor pakar, sekarang ini kita mengharapkan (keadaan kesihatan) semuanya stabil,” katanya.

Dalam kemal4 ngan kira-kira 3 petang itu, Nur Aimi Nadiah p4 rah manakala tiga anaknya, Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 12 bulan, m4 ut di lokasi kejadian apabila Perodua Axia dinaiki mereka ter4b 4bas dan mel4 nggar belakang treler di lorong kec3masan.

Sumber-MH