Berasa Teruja Dapat Sertai Selangor FC

Shah Alam: Selangor FC meng!kat Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim sebagai pemain terbaharu pasukan berkenaan bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia 2021.

Menurut kenyataan Selangor FC, bekas pemain bahagian tengah Pahang yang dikenali dengan nama Nik Sharif itu menjar!ngkan tiga gol dalam 10 penampilannya bersama pasukan Pahang pada musim 2019 dan 2020.

Ketua Jurulatih Selangor Karsten Neitzel berkata, pemain muda berkenaan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri untuk membantu pasukan Selangor terutamanya dari segi kebolehan menganalisis corak permainan.

“Dia (Nik Sharif) memiliki aspek teknikal yang baik serta mempunyai visi yang hebat dalam membaca permainan biarpun usianya yang masih muda. Dia juga boleh bermain sebagai pemain sayap atau membantu bahagian tengah dengan efektif.

“Saya percaya Nik Sharif bakal memainkan peranan penting dalam pasukan Selangor musim hadapan. Saya tidak sabar melihatnya beraksi untuk persediaan pramusim,” katanya.

Sementara itu, Nik Sharif berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pengurusan Selangor FC dan komited untuk membantu pasukan Gergasi Merah.

“Saya berasa teruja serta bersyukur atas rezeki dan peluang yang diberikan untuk bermain dengan salah sebuah pasukan yang penuh sejarah dan pencapaian di Liga Malaysia,” katanya.

Selangor FC, katanya, mempunyai keistimewaan tersendiri, antaranya kemudahan yang serba lengkap, pihak pengurusan yang profesional selain barisan pemain yang cukup berpengalaman.

“Saya akan berusaha untuk berikan prestasi yang terbaik untuk pasukan demi membalas kepercayaan pihak pengurusan dan membanggakan para penyokong Selangor,” katanya.

Nik Sharif adalah pemain terbaharu keempat yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Shahrel Fikri Md Fauzi, Tim Heubach dan R. Dinesh.

Sumber-MH