Berbaloi Memandu E-Hailing Sambil Belajar

KUALA NERUS: Peng0rb4nan seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terpaksa menjadi pemandu perkhidmatan e-hailing sambil belajar berbaloi apabila akhirnya menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada Majlis Konvokesyen UMT ke-18 di UMT, hari ini.

Mohamad Izwan Mohamad Fouzi, 26, dari Kulim, Kedah berkata, dia terpaksa belajar sambil menjalankan perkhidmatan e-hailing di sekitar kolejnya untuk mencari wang tambahan.

“Jika diikutkan saya mempunyai biasiswa untuk men4mpung perbelanjaan di UMT tetapi ia tidak mencukupi. Jadinya, saya mengambil inisiatif mencari pendapatan sampingan dengan menawarkan perkhidmatan e-hailing.

“Alhamdulillah, perkhidmatan yang ditawarkan mendapat sambutan sekali gus dapat menampung perbelanjaan tambahan sepanjang berada di UMT,” katanya.

Selain itu, Mohamad Izwan juga menjadi guru ganti pada cuti semester di kampungnya.

“Saya mel4tih diri dan fikiran supaya sentiasa berdikari serta rajin mencari wang dengan melakukan apa sahaja kerja yang halal.

“Sekarang saya menjawat jawatan pembantu akauntan di Pejabat

Pertubuhan Peladang di Kedah,” katanya.

Beliau juga berharap pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mengalami mas4lah kewangan ketika melanjutkan pengajian sentiasa berusaha dan berdikari serta bijak membahagikan masa untuk bekerja dan mengulang kaji pelajaran.

“Tiada masalah mencari wang ketika belajar cuma perlu pandai bahagikan masa supaya pengajian tidak terj3jas,” katanya yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Pertanian.