Berita Baik ‘Jangan Sia-Siakan Peluang Yang Diberikan’

KUALA LUMPUR: Liga Bolas3pak Malaysia (MFL) berharap semua pihak tidak mensia-siakan peluang dan kepercayaan diberikan kerajaan yang membenarkan penyokong ke stadium bagi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pasukan dan penyokong sekiranya terdapat penonton di dalam stadium yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ditetapkan.

Malah, beliau turut berharap semua pasukan bertanding bersedia dengan SOP yang akan dikeluarkan dan perlu dilaksanakan di venue masing-masing.

“Terima kasih kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan kerajaan. Ini satu perkembangan yang baik bagi industri sukan terutama bola s3pak.

“Paling penting sekarang adalah dari segi penonton itu sendiri, mereka harus berdisiplin mengikut SOP yang ditetapkan. Sekiranya penonton tidak berdisiplin, ada yang berdegil, ada yang duduk rapat, MFL akan mengeluarkan surat amaran kepada pasukan.

“Jika perkara sama tetap berterusan, maka MFL ada hak untuk mengatakan pasukan itu tidak boleh beraksi dengan kehadiran penonton selepas penonton didapati tidak berdisiplin.

“Ini bukan main-main. Ini k3s COV!D-19 dan kebenaran daripada kerajaan ini kita mesti mengambil secara bertanggungjawab, tidak ambil sambil lewa. Jangan bila terl4mpau gembira nanti penyokong di stadium buat sesuka hati,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penganjuran sukan tempatan dibenarkan dengan kapasiti penonton 10 peratus atau maksimum 4,000 orang.

Mengulas lanjut, Ab Ghani menjelaskan pemantauan akan dilakukan di setiap venue yang membabitkan aksi Liga M bagi memastikan pematuhan penonton terhadap setiap SOP.

“Saya rasa bukan hanya dipantau oleh MFL sahaja, tapi turut dipantau oleh agensi kerajaan yang terbabit kerana ini keputusan kerajaan dan kerajaan akan memastikan bahawa kelonggaran yang diberikan harus dituruti.

“Sebagai pengendali liga, sudah tentu MFL akan bertanggungjawab sekiranya berlaku pelangg4ran SOP dan sebagainya. Tapi saya percaya rakyat Malaysia sudah biasa dengan SOP, jadi kebiasaan ini harus dibawa ke dalam stadium,” katanya.

Sumber-MH