Berita Gembira Netizen Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Per!ntah Kaw4lan Perg3rakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Per!ntah Kaw4lan Perg3rakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

PKPP antara lain membenarkan pergerakan rent4s negeri selain beberapa aktiviti yang dil4rang ketika PKPB akan dibenarkan.

“Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Per!ntah Kaw4lan Perg3rakan Diperket4tkan atau PKPD,” katanya dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

Justeru, Perdana Menteri berkata, mereka yang ingin menziarahi ibu bapa kerana tinggal berjauhan boleh berbuat demikian.

“Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang ses4k semasa pulang ke kampung.

“Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terd3dah kepada jangk!tan.

“Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangk!tan,” katanya.