Biarlah Pemain Dan Pihak Pengurusan KDA FC Membuat Keputusan

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengesahkan sudah menerima permintaan daripada Perak FC untuk mendapatkan khidmat pemainnya, Farhan Roslan secara pinjaman untuk s4ingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain sayap licik itu yang turut dikenali Messi Kedah difahamkan sebelum ini mendapat perhatian Perak FC kend4lian jurulatih Chong Yee Fatt bagi memant4pkan lagi sentuhan ser4ngan buat skuadnya.

Kehadiran beberapa pemain sayap posisi kiri dalam skuad KDA FC seperti Syazwan Zainon, Fayadh Zulkifli dan Kipre Tchetche dikatakan antara faktor berkemungkinan Farhan akan dipinjamkan kepada Perak FC pada musim ini.

Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Farhan dan pengurusan pasukan bagi menyatakan pendiriannya sebelum kata pvtus diambil.

“Saya sudah selesai berbincang dengan pemain dan juga pengurusan. Biarlah pemain itu sendiri dan pengurusan KDA FC menimbangkan keputusan yang sewajarnya. Pada saya, sekiranya proses pinjaman pemain ini dilakukan, ianya sudah mengambil kira semua aspek,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali sebelum ini mengesahkan pihaknya sudah menerima permohonan pinjaman pemain berkenaan dari Perak FC dan keputusan mengenainya bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.

Sumber BH