Boleh Dipert!kaikan Jika Terus Menerus Menafikan Tuntutan Tersebut

Kuala Lumpur: Status pasukan Kuala Lumpur United (KL United) di Liga Super musim ini boleh dipertik4ikan jika kelab terbabit terus menerus menafikan tuntutan yang dikemukakan jurulatih dari Chile, Simon Elissetche.

Menurut peguam yang mewakili Elissetche, Zhafri Aminurashid, kenyataan KL United yang mend4kwa tuntutan itu sepatutnya ditujukan kepada Persatuan Bolas3pak Kuala Lumpur (KLFA) dan bukan kelab terbabit adalah tidak tepat.

Jelasnya, KL United bukanlah satu pasukan yang baharu kerana mereka adalah ‘sporting successor’ kepada Persatuan Bolas3pak Kuala Lumpur (KLFA) selepas penswastaan diselesaikan.

Namun sekiranya skuad Warga Kota tetap mempertahankan mereka tiada kaitan dengan KLFA, maka KL United sepatutnya beraksi di Liga M3 dan bukannya Liga Super musim ini.

“Sekarang ini, lesen Liga Super sudah dipindahkan kepada KL United jadi sebagai KL United, mereka sepatutnya membawa sekali segala liabiliti dan tanggvngan yang ada.

“Kalau mereka tidak mahu bertanggungjawab, mereka kena bermula daripada Liga M3. Itu baru bermakna mereka pasukan yang baharu tetapi dalam hal ini, mereka adalah sambungan kepada KLFA jadi kalau dengan kontrak bersama KLFA sekalipun, KL United perlu ikut.

“Mereka juga perlu faham yang KL United adalah ‘sporting successor’ kepada KLFA. Untuk itu, apa sahaja yang KLFA bakal kena atau akan kena, mereka pun akan terpalit sama,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Menerusi laporan akhbar ini semalam, Ketua Pegawai Eksekutif KL United, Stanley Bernard menafikan mereka terbabit dalam mendapatkan tandatangan bekas jurulatih Timor Leste itu.

Menurut Stanley, Elissetche sepatutnya merujuk kontrak berkenaan dengan KLFA kerana tawaran kontrak berkenaan datangnya dari badan induk itu dan beliau juga mengakui tidak akan menggunakan khidmat pengendali itu.

Dalam perkembangan sama, Zhafri turut melihat KLFA tidak sepatutnya menawarkan posisi yang lain kepada Simon selepas dia tidak dapat menjadi jurulatih buat KL United.

Elissetche sebelum ini bertindak mahu mengheret KL United ke Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (FIFA) ekoran penggugvrannya daripada pasukan tanpa alasan munas4bah dan dilakukan sebelah pihak.

Disamping itu, pengendali itu menuntut KL United membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta kerana did4kwa mengeluarkan kenyataan berb4ur fitn4h tentang ketiadaan lesen kejurulatihan yang sah di mana ia membawa gambaran neg4tif kepadanya.

Sumber-MH