Bukan Mudah Untuk Buat Keputusan

Irfan Zakaria tidak menganggap keputusannya meninggalkan Kedah sebagai satu kesilapan walaupun melepaskan peluang beraksi di pentas Asia untuk Piala AFC musim depan.

Sebaliknya, pertahanan Harimau Malaya itu mengakui keadaan semasa tidak mengizinkannya untuk kekal di Alor Setar sebelum memilih untuk kembali ke pangkuan Kuala Lumpur.

“Bukan mudah untuk buat keputusan daripada pasukan Kedah.

“Ia amat berat tetapi atas alasan peribadi, saya terpaksa meninggalkan Kedah.

“Kita tahu kedudukan pasukan Kedah sementara Kuala Lumpur pula orang tidak pandang tinggi.

“Ini salah satu cab4ran dalam karier saya untuk kembalikan apa yang perlu dibuat.

“Saya harap dapat mewakili pasukan kebangsaan dan membantu Kuala Lumpur kekal dalam Liga Super,” katanya kepada wakil Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10159353229344245&id=60180724244

Irfan mend3dahkan walaupun di sebalik beberapa tawaran, dia lebih menjurus untuk memperk4sakan benteng The City Boys.

“Memang Kuala Lumpur ada buat tawaran, sekarang dalam perbincangan terakhir.

“Insya-Allah saya akan umumkannya secara rasmi,” katanya lagi.

Sumber – https://www.stadiumastro.com/sukan/liga-super-malaysia/artikel/irfan-zakaria-akui-kuala-lumpur-jadi-pilihan-utama/181427