Bukan Saya Yang Menjualnya

Kuala Lumpur: “Bukan kaki saya yang melangkah menjual pingat itu,” Demikian penjelasan yang diberikan bekas pesilat negara, Azlinda Ahmad selepas beliau dikatakan sebelum ini hidup dalam keadaan terd3sak.

Beliau yang juga bekas juara dunia 1994 dan 2000 agak terk3jut dan terkilan dengan lap0ran akhbar hari ini.

“Saya baru tahu mengenai apa yang berlaku, buat masa ini apa yang boleh saya katakan perkara itu (menjual pingat di kedai barangan terpakai) bukan berlaku daripada diri saya sendiri,” katanya ketika sidang media bersama Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Beliau yang berusia 47 tahun berkata, buat masa ini hanya mahu memastikan terlebih dulu status pingat, tempat yang dijual (kedai barangan terpakai) seperti lap0ran akhbar itu.

“Kalau dari segi lap0ran akhbar itu memang pingat itu menyatakan mengenai kemenangan saya dan sudah bertahun mungkin ia juga disebabkan kecu4ian saya sendiri. Saya juga sering berpindah-randah dan banyak barang-barang lama terlepas pandang, jadi ia belum dipastikan lagi mengenai pingat itu.

“Bagi saya buat kesahihan dulu kerana ini juga membabitkan maruah saya. Apa pun saya menafikan bukan kaki saya menjejak langkah untuk menjual pingat itu. Saya tidak pasti (sama ada hilang atau tidak) benda sudah lama dan banyak kali saya berpindah. Saya juga agak k3sal kerana perkara ini tidak mendapat kepastian daripada diri saya sendiri sebelum lap0ran akhbar dikeluarkan,” katanya.

Azlinda yang pernah menjadi jurulatih kebangsaan, mengakui dirinya belum sampai lagi kepada tahap terd3sak sehingga menjual pingat kemenangannya.

“Bagi saya tidak ada siapa boleh nilaikan bagaimana seseorang itu terd3sak. Saya sendiri tidak rasa sudah terd3sak.

Laporan Arena Metro hari ini menyatakan tiga barang kesayangan iaitu pingat emas Kejohanan Silat Dunia 1994 di Hat Yai, gangsa Sukan Sea Chiang Mai Thailand 1995 serta baju silat Malaysia dijual kepada satu kedai barangan terpakai di Kuala Lumpur dengan harga semurah RM100 lebih.

Menurut sumber yang enggan namanya dikenali, dua pingat berkenaan adalah milik Azlinda yang pernah mengharumkan nama negara sekitar era 1990-an.

Sumber- MH