Buktikan JDT Mampu “Melepasi Peringkat Sukar Ini”

Kuala Lumpur: Laluan g3tir bakal dit3mpuhi skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini apabila diundi bersama dua pasukan gergasi dari China dan Jepun.

Dalam undian yang berlangsung hari ini, JDT yang juga juara Liga Super tujuh musim berturut-turut diletakkan dalam Kumpulan G bersama juara Liga Super China musim lalu, Jiangsu FC.

Bekas juara divisyen satu Jepun pada 2010, Nagoya Grampus turut menghangatkan bahang kumpulan terbabit dengan satu lagi pasukan akan diisi pemenang aksi playoff ke-3.

Jelas peluang untuk skuad Harimau Selatan melepasi peringkat kumpulan agak suk4r seperti mana yang berlaku dalam dua musim sebelum ini.

Begitupun, nasib dua wakil negara dalam kempen Piala AFC lebih baik dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC diundi dalam Kumpulan H bersama wakil Vietnam, Saigon dan wakil dari Singapura, Lion City Sailors.

Satu lagi tempat dalam kumpulan itu pula akan diisi pemenang ‘play-off’.

Peluang cerah juga terhidang buat Terengganu FC yang diundi dalam Kumpulan I bersama naib juara Liga Filipina, Kaya FC serta satu lagi pasukan dari seberang tambak, Geylang International dan wakil Myanmar sama ada Shan United atau Ayeyawady United.

Sebagai rekod, sa!ngan peringkat kumpulan Piala AFC akan berlangsung di Zon Selatan, Tengah dan Timur pada 14 Mei sebelum Zon Barat bermula pada 23 Mei diikuti Zon Asean yang dijadual bermula pada 22 hingga 28 Jun dengan sa!ngan berlangsung dengan format ’round robin’.

Sumber-MH