Cabaran Buat The Red Giant

KUALA LUMPUR: Bekas peny3rang sensasi Selangor, Azman Adnan berharap Selangor FC menjadikan pandangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap pasukan itu sebagai cabaran untuk skuad The Red Giants mencipta sesuatu musim depan.

Sebelum ini, dalam sesi temu bual dalam BOLA@MAMAK bersama sebuah stesen televisyen swasta, TMJ yang juga pemilik Kelab Bolas3pak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menyenaraikan Selangor sebagai penc4bar mereka bagi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M).

Azman yang juga legenda bola s3pak negara bagaimanapun berkata Selangor tidak boleh menjadikan komen TMJ itu sebagai pandangan yang boleh menj4tuhkan pasukan mereka.

“Apa yang TMJ katakan kepada pasukan Selangor itu ada betulnya. Kalau saya sebagai pengurusan dalam pasukan, bila seseorang itu bagi komen, saya akan ambil sebagai cab4ran.

“Saya akan bagi tahu kepada pemain atau staf, kita cuba buat yang terbaik kerana teguran itu bukan untuk menj4tuhkan kita.

“Kadang-kadang teguran itu sebab nak tengok Selangor membangun. Sekarang kita ada jurulatih dari Jerman, macam-macam DNA. Jadi kita tunggu DNA apa yang akan keluar dan masih terlalu awal untuk kita bagi keputusan.

“Biarkan mereka teruskan dengan latihan sebab jurulatih pun baru datang. Tapi yang penting kalau boleh jangan ada gangguan dari luar, kalau tidak suk4r untuk jurulatih lakukan kerja,” katanya pada sidang media selepas pelancaran produk jenamanya sendiri di sini, hari ini.

Akhbar ini semalam melaporkan, TMJ menyenaraikan Kedah, Terengganu FC (TFC) dan Pahang sebagai antara penc4bar mereka dalam saingan Liga M.

Keadaan itu sekali gus menc3tuskan pelbagai reaksi selepas beberapa pihak menganggap Selangor sebagai antara pasukan yang mampu menc4bar kejuaraan dalam Liga M berdasarkan apa yang dilakukan pengurusan kelab itu termasuk menandatangani beberapa pemain baharu.

Sumber-BH