Cubaan Gagal Lagi

DUA lelaki warga tempatan dipercayai tek0ng yang berada dalam pengaruh d4dah ditangk4p ketika membawa enam pendatang asing tanpa izin (Pati) di Kampung Tok Bilal, Panyit, Machang, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 Pasukan Gerakan Am Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, dalam kejadian jam 6 petang, anggotanya membuat rondaan dengan menaiki pacuan empat roda sebelum terserempak kenderaan Mitsubishi Pajero di Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang.

Katanya, anggotanya kemudian mengarahkan pemandu kenderaan berkenaan berhenti namun tidak diendahkan sebaliknya mem3cut laju menghala ke Tanah Merah dan Machang.

“Anggota kami mengejar kenderaan terbabit sebelum pemandunya memberhentikan kenderaan di bahu jalan, kemudian dua lelaki cuba melar!kan diri namun berjaya dik3jar anggota bertugas.

“Pemeriksaan ke atas lelaki terbabit tidak menemui sebarang barangan yang salah. Bagaimanapun hasil pemeriksaan itu menemui empat wanita dan dua lelaki warga Myanmar dipercayai Pati.

“Hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan disy4ki memasuki negara mengikut jalan salah melalui pangkalan h4ram sepanjang sempadan di Sungai Golok,” katanya.

Nor Azizan berkata, hasil ujian sar!ngan awal air kenc!ng ke atas dua lelaki warga tempatan yang juga tek0ng itu menunjukkan mereka positif d4dah jenis methaphetamine.

“Kesemua PATI termasuk dua tek0ng terbabit dit4ngkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Machang untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut S3ksyen 26 (J) Atipsom 2012, Sekyen 6(1)(C) Imigresen 1959/63 dan S3ksyen 15(1) Akta Dad4h Berb4haya 1952.

“Pihak kami turut mer4mpas kenderaan yang digunakan untuk penyelvdupan dan nilai keseluruhan ramp4san kes terbabit ialah RM50,000,” katanya.

Sumber-MH