Dah La Bersalah Buat Salah Lagi

DUA lelaki warga Indonesia dit4han dan dik0mpaun kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal di Kuching, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mereka dit4han ketika sedang makan di sebuah kedai makan di kawasan King Centre.

“Hasil siasatan mendapati seorang daripada mereka tinggal lebih masa di Malaysia manakala seorang lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, dua lelaki warga asing terbabit merupakan antara 19 individu yang dikenakan tindakan k0mpaun kerana gagal mematuhi SOP menerusi pem3riksaan di tiga lokasi membabitkan BDC, Jalan Song dan King Centre yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

“Daripada jumlah itu, seramai empat orang dikenakan k0mpaun kerana tidak menggunakan pel!tup muka manakala yang lain tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya.

Awang Din berkata, kesemua individu terbabit perlu menjelaskan kompaun sebanyak RM1,000 seorang di Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh 14 hari.

Sumber-MH