Dahulukan Agenda Nasional

Kuala Lumpur: Kelab bersa!ng dalam Liga Malaysia (Liga-M) perlu mendahulukan agenda nasional, dengan memberi pelepasan kepada pemain masing-masing untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 15 hingga 26 Januari depan.

Menyedari kelab dalam tempoh persiapan pramusim 2021, Setiausaha Agung Persatuan Bola S3pak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata, kem latihan pusat selama 12 hari itu tidak akan menjejaskan perancangan pasukan menjelang sepak mula Liga-M, yang dijadual bermula hujung Februari.

Berdasarkan perancangan awal ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, Stuart yakin pengendali berusia 52 tahun itu membuat percaturan sebaiknya, termasuk mengambil kira penjadualan kelab terbabit bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul, sekiranya pemain dipanggil menjalani latihan pusat.

“Saya rasa dengan penetapan akan dikeluarkan oleh Tan (Cheng Hoe) nanti, setiap pasukan akan faham agenda skuad negara dan percaturan skuad kebangsaan kendalian beliau, mereka boleh lihat macam mana Tan nak pastikan penjadualan kelab masing-masing tidak terganggu.

“Pasukan boleh beri kerjasama sebaiknya untuk kem latihan yang tidak begitu lama, dan kem latihan ini sebulan sebelum liga bermula. Penjadualan agak jauh dari tarikh sepak mula liga adalah sesuai untuk semua pihak,” katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, Stuart mengakui latihan pramusim dikendalikan kelab bukan sahaja bagi meningkatkan kecergasan barisan pemain, malah lebih mustahak ia bagi menjamin prestasi keseluruhan pasukan sepanjang bersa!ng pada musim 2021.

Beliau berkata kecergasan pemain kebangsaan di tahap yang baik, akan memberi kualiti diperlukan Cheng Hoe dalam merencanakan program selepas lebih setahun pemain negara tidak dikumpulkan, susulan ketiadaan aksi antarabangsa kesan pand3mik Cov!d-19.

“Persiapan pemain bersama kelab begitu penting untuk kita (skuad kebangsaan). Pramusim bagus untuk kecergasan serta penyesuaian fizikal dan kita (FAM) tak nak memegang pemain terlalu lama bila dia boleh bersama kelab dalam persiapan individu, itu penting,” katanya.

Kem latihan pusat itu sebagai persediaan menghadapi dua aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam pada Mac 2021.

Dalam pada itu, Stuart berkata Cheng Hoe dijangka menyenaraikan 30 pemain bagi kem latihan pusat yang akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Sebelum ini, isu pelepasan pemain sering men!mpa skuad kebangsaan dalam persiapan menghadapi sesebuah kejohanan, apabila terdapat sesetengah kelab enggan melepaskan pemain sekali gus memberi kesan negatif kepada persediaan dan perancangan ketua jurulatih.

Sumber-MH