Demi Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Liga Bolas3pak Malaysia (MFL) menegaskan penangguhan tidak dapat dilakukan sekali gus menyaksikan keputusan untuk meneruskan sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) pada 5 Mac ini perlu dilakukan demi kepentingan kelangsungan aksi domestik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan keputusan itu dicapai selepas mendapat pandangan dan persetujuan daripada rakan kongsi liga menerusi mesyuarat dalam talian bersama CEO pasukan, semalam.

Katanya, MFL selaku pengendali Liga M amat memahami kek4ngan setiap pasukan yang berdepan kesuk4ran untuk mengh4rungi persiapan musim baharu namun keputusan s4pak mula pada 5 Mac adalah langkah terbaik khususnya kepada skuad kebangsaan dan survival industri bola s3pak domestik.

“Ini adalah keputusan yang relevan dan ia mendapat sokongan daripada setiap wakil kelab ketika mesyuarat dalam talian bersama CEO pasukan semalam. Pasukan kebangsaan meminta untuk membuat persiapan akhir dan mengadakan kem latihan pusat pada bulan depan.

“Ini sangat penting memandangkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu sudah setahun tidak berlatih bersama.

“Perju4ngan pasukan kebangsaan adalah agenda nasional di mana wakil kelab rasa bertanggungjawab dalam memastikan Harimau Malaya berada dalam landasan terbaik untuk mendapat slot automatik ke pentas Piala Asia 2023,” katanya.

Pada masa sama, Ghani menjelaskan MFL komited untuk menamatkan kempen liga dengan perl4wanan penuh membabitkan 22 perl4wanan dan sudah pasti ada ris!ko sekiranya kalendar Liga M tidak dapat bermula seperi dirancang.

“Kami tidak mahu mengambil ris!ko yang akan memberi kesan kepada penajaan selain langkah mengurangkan perl4wanan atau membatalkan kejohanan lain seperti Piala Malaysia atau Piala Cab4ran terpaksa diambil jika kalendar Liga M bermula lebih lambat.

“Selain faktor cuti perayaan umum, tarikh kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) serta aksi AFC membabitkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Terengganu FC (TFC) turut diambil kira.

“Jadi sukar untuk MFL menunda lagi tarikh s3pak mula Liga M 2021 kerana ia jelas akan menjejaskan perjalanan kalendar pertandingan musim ini. Kami akan berusaha untuk memastikan perjalanan kalendar Liga M berjalan lancar terutama dalam pand3mik COV!D-19,” katanya.

Sumber-BH