Demi sesuap nasi, mereka terpaksa

“PEMAIN diugut kalau tak sain (turunkan tandatangan), mereka tak dapat gaji Mac. Jadi pemain tiada pilihan lain demi sesuap nasi.

“Lebih memburukkan keadaan, surat itu juga menyatakan kontrak pemain ditamatkan secara sukarela sedangkan mereka tak mahu pun.”

Itu pengakuan sumber terdekat kelab Perlis United yang mendedahkan semua pemain anggota skuad itu ditamatkan kontrak dengan cara salah tanpa notis awal kepada barisan pemain.

Malah menurutnya, pemain turut diu_gut supaya menurunkan tandatangan dalam surat bertajuk Penamatan Perjanjian Secara Sukarela yang sebenarnya didakwa disediakan pengurusan kelab.

Disebabkan terd3sak memerlukan duit bagi meneruskan kehidupan, pemain Perlis United tiada pilihan dan menandatangani surat berkenaan.

“Pemain tak tahu nak buat apa. Mereka tiada duit jadi terpaksa sain kerana diu_gut pengurusan.”

“Pemain tak kisah kalau gaji April dan Mei tak dibayar sebab sedar penangguhan liga (Liga M3) disebabkan Covid-19. Tapi bila pengurusan suruh sain sebab nak bagi gaji Mac dan terus tamat kontrak pemain terpaksa jugak.”

“Ini cara salah dan tak betul langsung. Sepatutnya pasukan kena panggil pemain dan berbincang dahulu. Tapi pemain terus diberi surat yang sebenarnya bukan daripada pemain.

“Saya dengar, surat itu dikumpul pengurusan kelab untuk maklumkan kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan AFL (Liga Amatur Malaysia) bahawa pemain mahu tinggalkan pasukan.

“Hakikatnya surat itu bukan daripada pemain, tapi disediakan pengurusan tanpa makluman. Ini pengani4yaan atau perh4mbaan dalam bola sepak moden yang pernah dibangkitkan PFAM (Persatuan Bolasepak Pemain Profesional Malaysia) dahulu,” katanya secara eksklusif kepada Arena Metro, semalam.

Sementara itu, menurut seorang lagi mangsa kelab berkenaan, rata-rata rakan sepasukan buntu dan enggan membuka mulut kerana bimbang disaman.

Katanya, ini kerana pemain menurunkan tandatangan seolah-oleh mereka setuju namun sebenarnya mereka ditekan.

“Saya tak boleh nak komen lanjut. Tapi, memang kami disuruh sain surat sedangkan pemain tak mahu sebab bukan senang nak dapat pasukan lain lepas ini.”

“Benda ini jadi selepas FAM keluar arahan supaya pemain dan pasukan berbincang mengenai pemot0ngan gaji.”

“Masalahnya sekarang, kalau liga bersambung balik selepas ini apa nasib pemain yang dah sain? Lebih kesian kat pemain muda yang tengah bersemangat nak cipta nama. Bila jadi macam ini masing-masing rasa diani4ya,” katanya yang enggan dikenali.

Sebelum ini, FAM memberi tempoh sehingga 22 April kepada semua pasukan dan pemain berunding dan mencapai kata sepakat mengenai pemotongan gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran wab4k pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, ia disambut dingin oleh PFAM, sebaliknya memberi syarat iaitu pasukan perlu selesaikan tunggakan gaji sebelum isu Covid-19 bermula selain membuat rundingan individu dengan pemain dan bukan berkumpulan bagi memastikan tiada pihak teraniaya.

Selain itu, PFAM mendakwa ada majikan ibarat memaksa pemain menyatakan persetujuan dengan cepat berhubung isu pemot0ngan gaji sedangkan pihak majikan berlengah berhubung tunggakan gaji pemain.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) berkata, pihaknya hanya memberi sokongan kepada Perlis United untuk beraksi sahaja.

“Keduanya, difahamkan sebelum ini ada perjanjian antara Perlis United dengan Tambun Tulang FC sebelum dijenamakan semula. Apa isi kandungan kontrak (pemain dan Perlis United) itu saya tak pasti.”

“Cuma ada dengar kata (penamatan kontrak) ia atas sukarela kedua-dua pihak,” katanya.

Sumber : HM