Dickson Nwakaeme Dah Macam Ustaz Pulak

TAMPIL berbaju jubah dalam satu program baru-baru ini, pemain import Pahang, Dickson Nwakaeme jelas menarik perhatian netizen sehingga ada antara mereka menggelarkannya ustaz.

Pemain berasal dari Nigeria itu memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya beberapa hari lalu dengan mengenakan pakaian berkenaaan ketika menjayakan satu program bersama tonggak naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh.

Nwakaeme yang digelar ‘orang besi’ skuad Tok Gajah turut menyertakan kapsyen ‘sentiasa bebaskan fikiran anda daripada keb3ncian’ yang berjaya menarik lebih 9,000 pelayar menyukai gambar berkenaan.

Malah, ada antara pelayar turut bertanya sama ada pemain berkenaan sudah memeluk Islam selain memuji Nwakaeme memakai pakaian lain daripada kebiasaan.

Namun, seperti sedia maklum, peny3rang berb!sa itu sebenarnya beragama Kristian dan jubah berkenaan dipakai berikutan tertarik apabila melihat Sumareh memakainya sebelum ini.

Sumber-MH