Dig3sa Ikut Jejak Maradona Ke Napoli

LONDON: Lionel Messi dig3sa menyertai Napoli untuk mengikut jejak langkah Diego Maradona.

Maradona yang meninggal dun!a pada 25 November lalu menikmati karier bola sepak terhebatnya bersama gergasi Serie A itu.

Dia dianggap sebagai hero di Naples dan Kevin Prince Boateng percaya Messi sesuai untuk menyertai pasukan itu sebagai tanda penghormatan kepada mend!ang Maradona.

Kontrak bintang Barcelona itu akan berakhir pada 2021 dan pemain tengah Monza itu berkata sudah tiba masanya untuk Messi meninggalkan Camp Nou.

“Kontrak Messi akan berakhir di Barcelona tetapi bukankah hebat kalau dia menghubungi Napoli dan berkata ‘saya akan datang ke sana?’

“Mereka tidak lagi akan memberikan jersi nombor 10 tetapi saya gembira untuk menghormati jersi nombor 10 milik Maradona. Saya mahu beraksi setahun dua di Naples tanpa memikirkan mengenai wang, cukup sekadar dengan kata hati.”

“Ia akan jadi seperti sebuah filem. Dia akan pergi ke sesi latihan dengan helikopter kerana dia akan dikervmuni penyokong yang begitu gembira.

“Bayangkanlah ‘sebagai tanda penghormatan kepada Maradona, saya akan bermain untuk Naples’. Kisah apa lagi yang lebih baik untuk bola s3pak dan dunia ini?

“Ia adalah satu mesej dan akan menjadi sejarah di mana sahaja. Saya mahu menjadi seperti Messi. Saya akan menghubungi presiden Napoli dan memberitahu saya akan ke sana,” kata Boateng. -Agensi

Sumber-BH