Disangka Isteri Dan Anak Sudah Tiada DiTel4n Tsun4mi, Tiba-Tiba Muncul Keajaiban

UMPAMA m4ti hidup semula. Itu yang dirasakan Rahim Said, 52, sebaik mengetahui anak dan isteri yang disangka terk0rban dalam trag3di tsun4mi di wilayah Aceh, Indonesia pada 2004 sebenarnya masih hidup.

Biarpun hanya bersua muka menerusi panggilan video WhatsApp pada Isnin lalu, peluang berkenaan mengub4t kerinduan dan mervngkai sebuah rahsia yang tersimpan selama belasan tahun.

Menariknya, pertemuan secara maya itu berlaku hasil kuasa tul4r dalam tempoh tiga jam selepas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nur Lyana Aqilah Ahmad Nasir, 22, memuat naik c!apan berkaitan usaha pencarian seorang gadis Aceh menjejaki bapanya, rakyat Malaysia menetap di Kedah.

Menceritakan kisah s3dih itu, Rahim yang menetap di Kulim mengakui terp!sah dengan isteri keduanya, Suryati Ahmad Badawi,49, dan anaknya yang belum lahir ketika itu, Nurul Happy Zalindraa,19, pada 2000 ketika wanita itu pulang ke kampung halamannya di Aceh bagi menghadiri kenduri pernikahan adiknya.

Menurutnya, dia tidak dapat menemani isteri yang hamil empat bulan ketika itu berikutan masalah dokumentasi.

“Sejak kepulangannya ke Aceh termasuk bersalin anak kami (Nurul Happy Zalindraa) sehingga sebelum tr4gedi tsun4mi pada Disember 2004, kami sentiasa berhubung seperti biasa.

“Namun, selepas tr4gedi itu kami terpvtus terus hubungan. Saya di sini tidak pernah pu+us asa beberapa tahun cuba menjejaki anak dan isteri menerusi kenalan dan saudaranya di Aceh.

“Mal4ngnya, banyak khabar berita yang saya terima mend4kwa anak dan isteri sudah terk0rban dalam trag3di itu,” katanya kepada Metro Ahad.

Katanya, selepas menerima jawapan sama berulang kali selain ramai mengesahkan Suryati dan anak terk0rban dalam tr4gedi itu, dia pasr4h dan reda dengan ketentuan Allah SWT.

“Saya reda…sesekali jauh di sudut hati terbit jua rasa ral4t dan bers4lah selepas ‘pemergian’ mereka.

“Malah, hampir setiap tahun jika ada rezeki lebih kami sekeluarga di sini tidak pernah lupa mengadakan kenduri tahlil untuk mereka,” katanya.

Rahim berkata, keajaiban tiba-tiba muncul Isnin lalu apabila Nur Lyana Aqilah menghubunginya memaklumkan anak dan isterinya di Aceh masih hidup.

“Saya rasa macam tak percaya apabila ada individu memberitahu anak dan isteri saya itu masih hidup menyebabkan terduduk seolah-olah tidak percaya mendengar berita itu.

“Antara seronok dan p!lu pelbagai perasaan timbul, rasa macam m4ti hidup semula pun ada,” katanya.

Rahim yang memiliki 13 anak termasuk anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan Suryati berterima kasih kepada warganet terutama Nur Lyana Aqilah yang menjadi orang tengah kepada pertemuan mereka sekeluarga.

“Sejak Isnin lalu, setiap hari kami sekeluarga di sini sentiasa berhubung dengan keluarga di sana menerusi panggilan video.

“Saya juga berterima kasih kepada keluarga isteri saya di Aceh kerana menjaga anak dan isteri saya selama ini.

“Kami merancang akan bertemu selepas p4sca Covid-19 ini berakhir,” katanya s3bak.

Sementara itu, Nurul Happy Zalindraa berkata, pertemuan dengan bapanya di platform maya itu bagaikan mimpi selepas usaha mereka sekeluarga menjejaki lelaki itu di Malaysia tidak pernah berhasil selama ini.

“Ibu dan saya di sini sudah puas mencari abah, kami juga dimaklumkan abah sudah tiada (men!nggal dunia).

“Hendak pergi Malaysia kami tiada wang, malah nombor telefon keluarga di Malaysia juga tiada.

“Tahun lalu, saya tergerak hati memberanikan diri mencari abah di media sosial kebetulan untuk urusan dokumen pernikahan saya yang akan berlangsung penghujung tahun ini.

“Saya cuba menghantar direct message (DM) secara ramb4ng kepada mana-mana orang di Malaysia, namun tidak pernah berjaya sebelum mesej saya akhirnya dibalas Nur Lyana Aqilah yang sudi menawarkan diri membantu saya.

“Rasa macam mimpi pertama kali dapat mendengar suara dan melihat abah melalui panggilan video, saya terh4ru, gem3ntar…tetapi rasa bahagia sungguh,” katanya yang menuntut di sebuah institusi jururawat di Lhokseumawe, Aceh.

Bagi Nur Lyana Aqilah, dia tidak menyangka bantuan kecilnya itu memberi imp4k besar dalam keluarga Rahim yang terpvtus hubungan sejak 16 tahun lalu.

“Saya sangat berbesar hati, malah tak pernah terfikir akan dapat bantu keluarga ini sedangkan kami tidak kenal antara satu sama lain.

“Saya percaya semua ini sudah diatur cantik Allah SWT yang menggerakkan hati saya untuk membalas DM Nurul Happy Zalindraa sebelum bersetuju membantunya.

“Saya tergerak hati membantu gadis ini kerana percaya dia memang dalam kesusahan sebelum meminta izin daripadanya untuk membuat ci4pan pencarian bapanya di Twitter pada Isnin lalu.

“Alhamdulillah, dalam tempoh tiga jam saya memuat naik ci4pan itu, ada seseorang menghantar mesej memberikan nombor telefon Pak Cik Rahim sebelum saya memberanikan diri menghubunginya,” katanya.

Sumber-MH