Disangkakan Tidor

“SAYA sangka dia tidur dan kemudiannya saya balik bersendirian sehinggalah mendapat berita dia meninggal dun!a petang ini,” kata Mohd Sahid Said, 52, rakan Ahmad Saufie Mohamed, 34, yang ditemui meninggal dvnia dalam bot dipercayai ketika sedang menc4ndat sotong di perairan Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.

Menurutnya, dia bersama rakannya itu keluar menc4ndat sotong dengan bot masing-masing di kira-kira enam batu nautika dari Pantai Batu Burok pada 5 petang semalam.

Katanya, mereka melabuhkan bot pada jarak 10 meter antara satu sama lain dan arw4h kelihatan seperti biasa sebelum mereka meneruskan aktiviti cand4t.

“Arwah yang sudah lama menjadi nelayan dan sangat dikenali dalam kalangan peniaga ikan dan sotong di pasar sekitar bandar raya ini serta terkenal dengan kepakarannya mencari lub0k sotong.

“Sudah lama kami ke laut bersama dan sangat memahami sikap dan perangai arw4h.

“Ketika mahu balik pada 4 pagi, saya sangka arw4h tidur kerana keadaan sama sudah beberapa kali berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Pantai Batu Bur0k.

Menurutnya, kebiasaan mereka akan balik ke darat pada 5 atau 6 pagi tetapi disebabkan keadaan cuaca tidak elok dan hujan berterusan serta berangin bermula 1 pagi menyebabkannya mengambil keputusan untuk balik awal.

Sementara itu, adik arw4h, Ahmad Sabri, 30, berkata, dia yang turut berada di laut dihubungi seorang lagi abangnya memintanya mencari bot Ahmad Saufie yang tidak pulang pada 5 petang.

“Ketika itu, bot saya berada tidak jauh daripada bot arw4h dan sejurus menerima panggilan telefon, saya segera merapatinya dan melihat arw4h masih berselimut.

“Saya cuba kejutkannya beberapa kali tetapi dia diam sebelum menarik selimut dan mendapati arw4h sudah tiada.

“Saya kemudian menunda bot arwah hingga ke pantai,” katanya ketika ditemui di pantai berkenaan.

Menurutnya, abangnya itu sudah berkeluarga dan mempunyai empat anak serta menjadi nelayan sejak berusia 14 tahun.

Katanya, abangnya juga dikategorikan sebagai orang kurang up4ya (OKU) kerana tangan kirinya tidak berfungsi.

Sumber-MH