Disebalik Kemenangan Sabah FC

KOTA KINABALU: Kemenangan tiga mata Sabah FC selepas men3waskan Perak FC 2-1, malam tadi adalah hadiah untuk seorang daripada pemainnya yang baru menimang cahaya mata sulung, semalam.

Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto, memaklumkan pemain tengah pasukannya, Mohd Azzizan Nordin menerima berita kelahiran anak perempuan sebelum turun membantu pasukan berdepan Perak FC.

Pengendali dari Indonesia itu berkata, sebagai sebuah pasukan yang dianggapnya satu keluarga, mereka harus memberikan hadiah kepada Azzizan sempena hari beliau menjadi seorang bapa.

“Ketika di bilik persalinan sebelum separuh masa pertama tadi, saya sampaikan kepada pemain bahawa kita membina pasukan ini dengan rasa kekeluargaan.

“Hari ini (semalam), Azzizan baharu menjadi seorang bapa kerana kelahiran puterinya. Saya katakan, kalau kalian (kamu) ada rasa persaudaraan, berikan hadiah terbaik kepada Azzizan dan alhamdulillah kita menang perl4wanan ini,” katanya pada sidang media selepas perl4wanan malam tadi.

Ketika aksi di Stadium Likas malam tadi, Sabah b4ngkit menyamakan kedudukan pada minit ke-64 selepas ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama.

Gol pertama Sabah dij4ringkan peny3rangnya, Amri Yahyah hasil remb4tan kaki kiri sebelum disusuli gol kedua pada minit ke-78 hasil sep4kan percuma dari luar kotak pen4lti Perak disempurnakan pemain import, Levy Madinda.

Mengulas kegag4lan menyekat gol Perak pada babak pertama permainan, Kurniawan mengakui berlaku kesil4pan perc4turan yang menyebabkan pihak law4n berjaya mengambil kesempatan untuk meng3lirukan pemainnya.

Bagaimanapun, katanya ketika babak kedua, strategi pasukan ditambah baik dengan memasukkan Madinda dan seorang lagi pemain import, Sam Johnson untuk memantapkan bahagian tengah dan membantu ser4ngan yang dibarisi Amri, Saddil Ramdani dan Maxius Musa.

“Kita mahu tiga pemain ini di hadapan kerana Amri, Saddil dan Maxius memiliki kecepatan (ketangkasan) dan kita mahu melakukan cubaan bola-bola yang terlepas.

“Kita juga memang sudah siapkan Sam dan Madinda di separuh masa kedua kerana ketika mereka (Perak) penat kita akan gunakan kelebihan daripada dua pemain import ini.”Alhamdulillah, bukan kerana strategi yang bagus tetapi kerana memang kerja keras pemain,” katanya.

Sumber-BH